close

Si kecil vegetarian

Secara amnya, anda boleh memberi anak anda makan makanan vegetarian sahaja, tetapi adalah amat penting untuk anda mempunyai pengetahuan tentang diet tersebut.

Sekiranya anda seorang vegetarian, anda juga mahukan supaya bayi anda mempunyai diet yang sama Ini boleh dilaksanakan asalkan anda memilih makanan yang betul untuk bayi anda Makanan lacto-vegetarian Jenis vegetarian yang paling umum adalah lacto-vegetarian, iaitu diet yang tidak ada daging, telur atau ikan, tetapi boleh mengambil susu dan produk tenusu di dalam diet Diet lacto-vegetarian yang seimbang merangkumi keperluan kanak-kanak, remaja dan dewasa Walaubagaimanapun, anda perlulah memantau diet ini dengan teliti supaya anak-anak anda mendapat nutrisi yang perlu untuk tumbesaran mereka Pakar diet boleh membantu anda Anda tidak boleh mengelakkan daging, ikan dan telur tanpa menggantikannya dengan makanan yang kaya dengan protein Sekiranya anda ragu-ragu dan perlu mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai diet vegetarian ini, berbincanglah dengan jururawat kanak-kanak sebelum memulakan makanan pejal untuk bayi anda Mereka akan merujuk anda kepada pakar diet yang dapat membantu anda melaksanakan diet vegetarian dengan betul
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…