close

Ruam lampin

Ruam lampin adalah kulit yang terengsa pada pungung bayi kecil anda. Walau bagaimana berhati-hati pun anda, ia mungkin sukar untuk dielakkan. Tapi di sini ada beberapa tips.

Bayi kecil buang air kecil dan besar dengan kerap, yang bermaksud bahawa lampin mereka perlu ditukar lima atau enam kali sehari dan kadang-kadang sekerap lapan atau sembilan kali Disini ada beberapa tip untuk mengelakkan ruam lampin Adalah penting punggung bayi anda bersih dan kering sebelum dipakaikan lampin yang bersih, dari itu: 1 Tukar lampin bayi anda dengan kerap 2 Cuci punggung bayi anda dengan air dan kain lembut (dengan memotong beberapa tuala lama) 3 Biarkan udara beredar dibawah punggung bayi anda setiap kali anda menukar lampin bayi 4 Pakaikan lampin yang baru hanya apabila punggung bayi anda benar-benar kering Kulit yang terengsa Walau bagaimana berhati-hati pun anda, mungkin sukar untuk mengelakkan kulit bayi anda mendapat ruam Jika ia menjadi teruk, kesan-kesan merah yang kecil boleh mula terbentuk (ruam lampin) Ruam lampin adalah disebabkan oleh kotoran dari najis dan air kencing yang mengandungi bahan yang boleh merengsa kulit Ruam ini tidak harus dikelirukan dengan dengan ruam panas atau tanda-tanda bahawa gigi pertama bayi mahu tumbuh, atau bahawa pakaian mereka terlalu ketat atau mereka berpakaian terlalu tebal dan merasa panas Jika kulit menunjukkan tanda-tanda ruam lampin: 1 Cuba letakkan sedikit susu ibu pada ruam Biarkan ia kering sebelum mengenakan lampin yang bersih 2 Sentiasa pastikan bahagian punggung bayi adalah kering sebelum mengenakan lampin baru 3 Jangan gunakan sabun atau minyak pada kulit yang terengsa dan elakkan menggunakan sapuan berminyak 4 Krim ruam lampin dengan zink oksida dan lanolin atau sapuan zink oksida boleh digunakan dan mungkin berkesan Jika punggung kecil bayi anda menjadi sangat merah, ia boleh memakan masa beberapa minggu sebelum tahap pertahanan normal kulit kembali Berbincanglah dengan jururawat atau bidan Plunket anda untuk nasihat lebih lanjut
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…