Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Puting susu yang lembut

Ouch! Puting susu anda akan berasa sakit pada beberapa hari anda mula memberi susu badan. Puting susu yang lembut bukanlah lagi satu kenyataan. Ianya juga agak mengejutkan – puting susu anda belum bersedia untuk tugas barunya. Namun, ianya akan bertambah baik dan kesakitannya akan reda.

Kebanyakan ibu akan berasa terkejut apabila mendapati bahawa memberi susu badan sangat menyukarkan pada mulanya Ianya boleh jadi sangat menyakitkan Puting susu anda belum bersedia, dan sesetengah bayi menghisap dengan sangat kuat Akibatnya, kadangkala puting susu akan melecet Perkara ini menyakitkan, tetapi ia tidaklah merbahaya Tenangkan diri anda dengan mengingati bahawa kesakitan puting susu biasanya akan reda dengan cepat Lebih cepat lagi jika bayi anda mengamalkan teknik menghisap yang betul Mintalah bidan atau perunding laktasi anda untuk melihat bagaimana anda memberi susu badan Pastikan bayi anda memaut puting susu anda dengan betul Mulut mereka perlu terbuka luas dan bibir bawahnya pula melengkung ke bawah Kesakitan pada puting susu Jika puting susu anda sakit, anda mungkin berasa susah untuk meletakkan bayi anda pada payudara anda – kerana sakitnya amat teruk Dan ianya pula tidaklah membantu apabila orang sekeliling memberitahu anda untuk bertenang Siapa yang boleh bertenang apabila anda merasa seperti puting susu anda digigit-gigit? Kesakitan ini biasanya paling sakit pada awalnya, apabila bayi anda menghisap dengan lebih kuat untuk mendapatkan susu anda mengalir Cubalah tips berikut : • Cuba sapukan sesuatu yang panas di payudara anda, seperti tuam/tungku Haba ini akan membantu susu anda mengalir, maka bayi anda tidak perlulah menghisap dengan begitu kuat • Perah susu badan anda sendiri untuk mendapatkannya mengalir sebelum anda memberi susu badan Cara ini dapat membantu bayi anda menyusu dengan betul • Jangan tunggu terlalu lama untuk mula menyusukan bayi anda Bayi yang dalam keadaan kecewa dan sedih akan mengalami kesukaran untuk menggarap puting susu anda dengan betul • Mulakan memberi susu badan dengan payudara yang kurang sakit Kemudian, apabila sebelah payudara anda sudah mula mengalirkan susu, beralihlah ke payudara yang sebelah lagi • Apabila sudah selesai menyusu, asingkan mulut bayi anda daripada puting susu anda dengan memasukkan satu jari ke penjuru mulut bayi anda sebelum menariknya; jangan menariknya secara langsung Selepas setiap kali menyusu, lembapkan puting susu dengan susu anda dan dedahkan kepada udara buat seketika • Pakailah baju yang longgar dan biarkan coli anda tidak berbutang • Pastikan payudara anda kering dan hangat Jangan gunakan cawan menyusu (nursing cups) atau tuala menyusu (nursing pad) yang berkeadaan lembap Adalah mustahak untuk anda memastikan puting susu anda sentiasa kering Adakah anda mempunyai sebarang tip untuk ibu-ibu lain bagi mendapatkan puting susu yang lembut? Apakah yang anda lakukan? Apakah yang berkesan? Bilakah keadaan anda bertambah baik? Berapa lamakah kesakitan akan hilang sepenuhnya? Kongsikan pengalaman anda di sini Sekiranya puting susu anda tidak bertambah baik, anda mungkin perlukan nasihat daripada pegawai materniti (LMC), perunding laktasi peribadi anda ataupun di Pusat Kekeluargaan Plunket Anda boleh mendapatkan khidmat perunding laktasi peribadi di wwwnzlcaorgnz – ia akan dikenakan bayaran La Leche League juga menawarkan sokongan terhadap ibu yang memberi susu badan – lawatilah wwwlalecheleagueorgnz
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…