6
10

Piramid makanan

Kita selalu terdengar tentang diet yang seimbang perlu untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Tetapi, bagaimanakan yang dikatakan sebagai diet seimbang? Piramid makanan berikut memberikan info lanjut.

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari Ia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat Beberapa fakta nutrisi:Protein membina otot-otot Badan kita tidak boleh menyimpan protein, oleh itu kita perlu mengambil protein didalam diet setiap hari Sumber-sumber protein adalah produk tenusu, daging, ikan, telur dan kekacang Karbohidrat memberikan tenaga, iaitu "petrol" kepada badan anda Sumber-sumber karbohidrat adalah pasta, nasi, roti, kentang, buah-buahan, sayuran dan bubur nasi Lemak adalah sumber tenaga yang penting dan membantuk badan kita menyerap vitamin tertentu Kanak-kanak perlukan lebih lemak daripada orang dewasa kerana proses tumbesaran mereka dan mereka lebih aktif daripada orang dewasa Ada lemak yang baik dan juga sebaliknya Oleh itu, apabila menyediakan makanan untuk anak anda, gunalah minyak zaitun atau minyak biji anggurMineral sangat penting untuk saraf dan otot berfungsi dengan baikMineral-mineral yang perlu adalah:Zink – terdapat di dalam susu, daging, roti dan produk bijirinKalsium – terdapat di dalam produk tenusu dan sayuran hijau Besi – terdapat di dalam kebanyakan makanan seperti daging, hati dan sayuran hijau Walaupun ia terdapat dikebanyakan makanan, bukanlah mudah untuk kanak-kanak mendapatkan zat besi yang cukup Anda boleh memberikan anak anda bijirin yang kaya dengan zat besi untuk menampung keperluan zat ini pada anak anda Zat besi amat mudah meresap ke dalam badan dengan hadirnya vitamin C, oleh itu tambahkan buah-buahan sitrus ke dalam bijirin anak andaVitamin penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan kesihatan umum Vitamin A – penting untuk kesihatan mata Terdapat di dalam mentega, marjerin, ikan, hati, telur dan susu Terdapat juga di dalam buah-buahan sitrus, beri, kentang dan juga sayuran Vitamin ini juga terdapat di dalam ikan salmon dan juga minyak masakanModel pemakanan (Plate model)Kanak-kanak yang mengambil banyak sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka seharian tidak perlu mengambil sebarang makanan tambahanTetapi, berapa banyakkan hidangan yang perlu disediakan daripada seksyen yang berbeza di piramid makanan? Ikuti plate model - ia sangat bagus untuk kanak-kanak yang baru memulakan makanan pejal seimbang Mengikut model pemakanan (plate model), 1/3 bahagian adalah untuk daging atau ikan, 1/3 adalah untuk sayuran dan 1/3 adalah untuk pasta, nasi atau kentang Akhiri diet anda dengan pencuci mulut atau buah beri

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…