Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Peyusuan badan – memulakannya

Sebenarnya, bayi anda yang akan memulakan proses penyusuan badan – dengan seleranya. Ianya semudah itu. Apa yang perlu anda lakukan untuk memulakan penyusuan badan adalah dengan meletakkan bayi anda ke payudara anda. Ya, hampir begitulah.

Jika anda meletakkan bayi yang baru lahir dekat pada payudara anda, mereka akan merasakan seolah-olah puting susu anda itu memang milik mereka Ia mungkin tidak berlaku serta-merta, namun ia akan berlaku secara semulajadi kerana naluri mereka untuk mendapatkan makanan adalah sangat kuat Susu badan yang pertama : kolostrum (colostrum) Sebaik sahaja selepas kelahiran, bayi anda mahukan susu badan pertama yang pekat, dikenali sebagai kolostrum Ia telah berkumpul di dalam payudara anda semasa anda hamil Kolostrum mengandungi lemak dan sangat berkhasiat, serta mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi anda daripada jangkitan sewaktu bulan pertama Kolostrum hanya dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi disebabkan oleh komposisinya yang istimewa, ianya mencukupi keperluan nutrisi bayi anda bagi beberapa hari selepas kelahiran, sehinggalah susu badan anda boleh mula mengalir Memulakan penyusuan badan Letakkan bayi anda ke payudara anda secepat mungkin selepas kelahiran Begitulah penyusuan badan bermula – dengan meletakkan bayi anda dekat dengan payudara anda selama yang mereka inginkan Bayi anda ingin sentiasa dekat dengan anda, rapat dengan kulit anda Mereka mengenali bunyi jantung anda semenjak berada dalam rahim lagi, dan pelukan anda adalah hangat dan selesa baginya, seperti sewaktu ia berada di dalam rahim anda Di dalam pelukan anda, bayi anda akan mendengar suara anda yang dia kenali dan mendapatkan makanan yang mereka perlukan Jadi, tidak hairanlah payudara anda merupakan tempat kesukaan bayi anda Kesakitan puting susu Kebanyakan ibu akan mengalami kesakitan pada puting susu pada beberapa hari atau minggu yang pertama menyusukan bayi Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan : payudara anda tidak pernah diperlakukan sebegini Anda boleh mencegah komplikasi lanjut seperti keretakan kulit pada puting susu dengan memastikan bayi anda menghisap susu dengan cara yang betul Teknik menghisap Jelasnya, agak sukar untuk mengetahui cara menghisap susu badan dengan betul jika anda merupakan orang baru dalam hal ini Bertanyalah pada bidan anda ataupun staf di wad materniti bagi nasihat Kebanyakan hospital mempunyai konsultan laktasi yang boleh menawarkan khidmat kepada anda secara peribadi Dapatkan mereka untuk memeriksa posisi bayi pada payudara anda Dengan mendapatkan pertolongan daripada bidan anda, konsultan laktasi dan pasangan anda, anda akan mempunyai peluang cerah untuk memulakan penyusuan badan dengan lancar Anda akan biasa dengannya nanti Secara ironisnya, halangan terbesar untuk penyusuan badan yang berjaya ialah kebimbangan anda Bentuk dan saiz payudara mahupun puting susu anda tidak akan menyebabkan sebarang kelainan Ianya meyakinkan ramai wanita apabila mengetahui bahawa mereka memang berpotensi untuk memberi susu badan kepada bayi mereka Kuantiti susu mungkin berbeza pada individu, namun ianya adalah kuantiti yang cukup untuk bayi anda Memberi susu badan memberikan keselesaan dan memperkuat ikatan kemesraan Mendapatkan pertolongan dan sokongan daripada orang di sekitar anda sejak mula adalah amat penting Pasangan anda boleh membantu dengan menjaga hal-hal lain Ini akan membenarkan anda dan bayi anda untuk masuk ke dunia kecil anda dan memberi fokus sepenuhnya terhadap penyusuan badan, memperkuat ikatan kemesraan, dan mengenali antara satu sama lain Penyusuan badan bukanlah sekadar proses memberi makanan kepada bayi semata-mata Ianya adalah aktiviti untuk saling mengenali Ianya memberi keselesaan dan keakraban pada anda berdua Beritahu kami tentang beberapa minggu pertama anda memberi susu badan Kongsikanlah kegembiraan dan kesedihan anda di sini Untuk maklumat lanjut tentang penyusuan badan, layarilah wwwbreastfeedingorgnz
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…