Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Penjagaan bayi yang baru lahir

Bayi yang baru lahir adalah sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang penjagaan bayi baru lahir.

Terdapat banyak perkara yang masih belum berfungsi dengan sempurna ketika bayi baru dilahirkan Seseorang bayi itu memerlukan beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru setelah 9 bulan berada di dalam rahim ibunya Seram sejuk Apabila anda memegang tangan atau kaki bayi anda, anda akan berasakan betapa sejuknya tangan dan kaki mereka Ini adalah kerana sistem peredaran darah bayi anda belum sempurna dan ini tidak bermakna bayi anda berasa sejuk Warna kulit bayi anda juga akan berubah Terdapat juga bulu pada badan yang akan gugur dari semasa ke semasa Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar Kulit kering seluruh badan Kebanyakan bayi baru lahir akan mengalami kulit kering yang mengelupas, seperti ular bersalin kulit Ini adalah proses semulajadi dan tidak memerlukan krim atau losyen yang khas Kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi tidak begitu stabil lagi, dan penggunaan losyen akan mengganggu kestabilan tersebut Apa yang penting adalah senantiasa menjaga kulit bayi agar sentiasa bersih Bintik hormon Bintik hormon adalah bintik-bintik merah yang terdapat pada badan bayi di beberapa bulan pertama kelahirannya Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi Bintik hormon ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar Penjagaan pusat Basuh pusat bayi anda dengan air dan pastikan ia selalu bersih dan kering Tali pusat bayi anda tidak mempunyai saraf, oleh itu bayi tidak akan merasa sakit apabila anda membersihkannya Tali pusat tersebut akan tercabut dengan sendirinya selepas 8 ke 12 hari kelahiran Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit Susu badan bayi baru lahir Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi Bayi anda akan turun berat badannya Kebanyakan bayi akan kehilangan berat badan pada tiga atau empat hari pertama selepas lahir Susu ibu tidak keluar dengan sempurna dan bayi akan kehilangan berat badan ketika itu Bayi akan kembali dengan berat badan semasa lahir selepas dua minggu kelahiran Bidan anda akan mencatatkan berat bayi anda dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa bayi anda bertambah berat badannya dan penyusuan badan berjalan dengan lancar Hubungi bidan atau pakar kanak-kanak tentang sebarang kemusykilan mengenai anak anda
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…