Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Pengeluaran susu ibu yang kurang

Jika anda tidak dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi, hanya ada satu penyelesaian, tambahkan penyusuan – dan tambahkan penyusuan lagi. Jadi selesakan diri anda di sofa, letakkan bayi pada payudara anda, rehatkan diri dan susukan bayi anda.

Kebanyakan ibu-ibu bimbang tidak dapat mengeluarkan susu ibu yang mencukupi Bayi anda mungkin cerewet semasa penyusuan pada hari-hari tertentu atau pada masa-masa tertentu Seolah-olah susu tidak mencukupi Dan ini mungkin benar pada masa-masa yang tertentu Bekalan susu berubah-ubah Ada yang mengatakan bahawa susu ibu akan menjadi lebih cair di waktu petang, itu adalah antara sebabnya mengapa kebanyakan bayi lebih gemar menyusu di penghujung hari Ini adakalanya sedikit mengecewakan kerana ia menghalang anda dari membuat kerja-kerja lain Tetapi ini akan membuatkan bayi anda tidur lebih lama di waktu malam Beralih bulan (growth spurts) Dari masa ke semasa, bayi anda akan beralih bulan apabila berat badannya bertambah Semasa peralihan bulan ini, bayi anda perlu menyusu dengan lebih kerap untuk meningkatkan pengeluaran susu Akan tetapi pengeluaran susu juga dipengaruhi oleh bagaimana bayi anda menyusukan, samada cara pelekapan bayi anda betul atau tidak, dan adakah anda tertekan atau risau Meningkatkan pengeluaran susu Tidak dapat mengeluarkan susu ibu yang mencukupi adalah amat merunsingkan dan mengecewakan, ia memang tidak dapat dinafikan Lebih-lebih lagi jika ia adalah satu-satunya makanan bayi anda Tetapi ada satu penyelesaian yang mudah – susukan bayi anda lebih kerap Selesakan diri anda di sofa bersama-sama bayi anda dan susukan dia sebanyak yang mungkin untuk sehari dua Ada beberapa tips lain yang boleh digunakan: 1 Letakkan bayi anda pada payudara anda dengan kerap 2 Jangan ganggu semasa penyusuan Biarkan bayi anda tentukan bila masa untuk berhenti 3 Menyusu apabila diperlukan, termasuklah di waktu malam 4 Pastikan bayi anda mendapat tidur yang mencukupi diantara penyusuan dan pastikan bayi anda berjaga semasa penyusuan Jika bayi anda tidak menyedut dengan cara yang betul, bekalan susu anda akan berkurangan tidak lama selepas itu Jadi ia adalah amat penting untuk bayi anda tidak terlalu penat semasa menyusu 5 Makan secukupnya, rehat apabila anda boleh dan lebihkan minum air akan dapat meningkatkan pengeluaran susu Berehat dan pastikan anda mendapat protein yang secukupnya pada setiap santapan Sokongan orang sekeliling anda Apabila anda sedar pengeluaran susu anda semakin berkurang, anda mestilah lebih kerap menyusukan bayi untuk meningkatkan penghasilan susu, dan pada masa ini adalah amat penting untuk mendapatkan sokongan daripada orang-orang yang berada di sekeliling anda, terutamanya pasangan anda Anda perlu menumpukan 100 peratus perhatian dengan berehat dan menyusukan bayi anda Pada masa ini anda perlukan bantuan, pemahaman dari orang lain dan seseorang untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menyedialan makanan yang seimbang untuk anda Ingat anda bukan hanya seorang ibu dan isteri - anda juga adalah satu-satunya bekalan makanan untuk bayi anda! Jadi jagalah diri Menyusu bayi adalah satu kerja yang berat, terutamanya pada peringkat awal Tidak ada orang yang meminta anda menjadi seorang pakar Terdapat berbagai tempat yang boleh anda pergi untuk mendapatkan bantuan jika anda mengalami masalah dengan penyusuan Contohnya, Pegawai Penjaga Materniti (LMC) yang terdekat boleh membantu anda Jika anda memerlukan bantuan lain, hubungi Pusat Keluarga Plunket dan minta untuk berjumpa dengan penasihat dan pakar laktasi atau hubungi PlunketLine 0800 933 922 Anda juga boleh mencari penasihat dan pakar laktasi di wwwnzlcaorgnz – bayaran akan dikenakan La Leche League juga menawarkan sokongan dalam penyusuan - wwwlalecheleagueorgnz
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…