2

Murung selepas bersalin

Antara 10 hingga 15 peratus wanita menderita kemurungan selepas bersalin, pada tahun pertama selepas melahirkan. Ini adalah keadaan emosi, di mana anda merasa sedih dan cemas dan ia akan mempengaruhi semua aspek kehidupan anda. Tetapi bantuan ada berhampiran anda, dan anda hanya perlu bertanya.

Adalah biasa untuk badan kita bertindak balas dengan kuat terhadap peristiwa besar yang berlaku dalam hidup, dan bahkan jika anda seronok menjadi seorang ibu, anda masih mungkin merasa seperti sebuah perubahan yang anda belum cukup bersedia untuknya Anda mungkin merasa terlalu sesak dan tak berdaya, seolah-olah anda tidak bersedia untuk menangani kehidupan baru anda Ini adalah perasaan yang menyusahkan berserta perasaan-perasaan yang sukar Jika anda tidak punya tenaga untuk melakukan apa yang di harapkan dari anda, anda akan menjadi terlalu penat dan kehilangan perspektif, yang boleh menyebabkan kemurungan selepas bersalin Kemurungan selepas bersalain adalah sangat rumit untuk ditangani sendirian Kemurungan selepas bersalin boleh melemahkan anda dengan pelbagai cara Anda boleh: - merasa sedih, bengang, dan menangis tanpa alasan yang jelas - kurang tenaga dan minat dalam semua yang berlaku di sekitar anda - mempunyai kesulitan memberi tumpuan – mengalami kepayahan untuk bermesra dengan bayi anda - merasa kepenatan dan ingin tidur sepanjang masa – sukar untuk tidur, tidur yang tidak lena, dan terbangun awal – terlalu ingin makan atau kehilangan nafsu makan anda - menghabiskan wang dengan tidak betul dalam usaha untuk membuat diri merasa lebih baik - kurang percaya dan peka pada diri - merasa bersalah dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak menjadi ibu yang cukup baik – kurang rasa bahagia - menjadi takut sendirian - takut akan menyakiti bayi anda atau diri anda sendiri - takut untuk keluar, menaiki bas atau memandu - cuba untuk menyembunyikan perasaan anda dari orang-orang di sekitar anda - bimbang bahawa anda mula mendapat atau sudah punmengalami sakit mental Ini hanyalah beberapa gejala tekanan selepas bersalin Tekanan dan kemurungan selepas bersalin bukan leah sesuatu yang luarbiasa Kajian yang dilakukan memberitahu kita bahawa antara 10 hingga 15 peratus wanita mengalami kemurungan selepas bersalin pada tahun pertama selepas melahirkan Bagi sesetengah wanita, ia berlaku selama kurang dari dua minggu, bagi yang lain-lain pula selama beberapa sehingga satu tahun, dan untuk beberapa wanita, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk kembali pada keadaan asal mereka Adalah juga merupakan fakta bahawa semakin cepat anda mencari bantuan, semakin baik prognosis anda Apa yang boleh anda lakukan? Kemurungan selepas bersalin adalah terlalu berat tanggungannya untuk dihadapi sendirian Langkah pertama untuk memperbaiki situasi anda adalah degan berbincang tentang perasaan anda Meluahkan perasaan anda dalam kata-kata akan mula meringankan beban anda Hal ini juga membuat lebih mudah bagi mereka di sekitar anda untuk membantu Mulakanlah dengan pasangan anda Semakin terbuka anda diantara satu sama lain, akan lebih mudah bagi anda untuk melalui masa sukar ini Keluarga dan teman-teman terdekat juga boleh membantu Sebagai ibu bapa tunggal, anda benar-benar memerlukan orang dewasa yang lain untuk anda boleh berkongsi fikiran dan perasaan Kaunseling untuk kemurungan selepas bersalin Berbincanglah juga dengan bidan, doktor atau jururawat Plunket Mereka telah dilatih untuk membantu anda mengatasi kemurungan selepas bersalin Jika perlu, mereka boleh mencadangkan anda kepada seorang kaunselor psikologi untuk membantu Kajian menunjukkan bahawa kemurungan selepas bersalin akan berlalu, dan bahawa ia boleh berlaku dengan lebih cepat jika anda mendapatkan bantuan, maka mintalah bantuan Demi bayi anda, jangan ragu untuk menerima bantuan Tidak ada sebab untuk merasa terlalu segan Ianya merasa sukar hanya bagi anda Ingat – bantuan ada di luar sana Anda tidak bersendirian Jika anda telah menderita kemurungan selepas bersalin, sila kongsikan pemikiran anda di sini Ada banyak wanita di luar sana yang memerlukan sokongan anda

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…