Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Merasai makanan pada kuantiti yang kecil

Jika anda telah menghabiskan enam bulan sebelum ini dengan minum susu sahaja, anda akan memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan mengunyah dan menghargai rasa baru. Itu sebabnya kita perlu memulakan dengan rasa makanan baru yang sedikit.

Jabatan Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan kita untuk menyusui bayi secara eksklusif untuk selama enam bulan pertama Setelah itu, anda boleh menawarkan bayi anda merasa sedikit makanan lain di samping susu badan atau susu formula Ini membolehkan anak anda untuk mencuba makanan yang "betul", sementara susu dari payudara anda terus memberikan nutrisi dan perlindungan terhadap alergi Mulakan dengan makanan yang hambar Tujuan memberi jumlah yang sedikit adalah untuk membiasakan bayi anda dengan rasa yang berbeza dan konsistens Menelan sesuatu yang sedikit lebih pejal memerlukan teknik makan yang sama sekali baru dari apa yang telah mereka gunakan Itulah sebabnya makanan pejal pertama bayi anda harus polos, lembut dan halus Mulakan dengan menawarkan makanan bayi anda seperti bijirin yang diperkaya zat besi / beras untuk bayi, buah lenyek tanpa kulit, pips atau biji (dimasak untuk melembutkan jika perlu); kumara yang dilenyek, labu atau kentang, atau membeli makanan bayi yang sudah siap di pek, mengikut usia yang bertepatan dengan bayi anda Berikan susu badan atau susu botol kepada bayi anda terlebih dahulu (sehingga 8-9 bulan), dan makanan pejal ditawarkan sebagai 'makanan tambahan' Cuba ½ -2 sudu teh pertama dan tambahkan sedikit demi sedikit secara berperingkat, sehingga bayi anda mengambil sekitar 3-4 sudu teh setiap kali makan Untuk melecek makanan, gunakan pengisar atau lecek makanan melalui penapis halus dengan sendok kayu Anda boleh tambah susu badan atau susu formula untuk mencairkan makanan untuk memudahkan bayi untuk menelan Makanan yang anda sediakan sendiri boleh disimpan beku dalam ais batu dan digunakan dalam masa 3-4 minggu Jika bayi anda menolak makanan pejal Rasa pertama makanan - bahkan sesedikit satu kecil sudu teh - mungkin menjadi tidak menarik buat pertama kali bagi bayi anda Jauh dari itu Pastikan kamera anda sentiasa bersedia merakamkan beberapa wajah lucu bayi anda – anda mungkin akan melihat reaksi beberapa aksi menarik bayi yang tidak pernah anda lihat sebelum ini Dan itu semua sangatlah biasa Satu-satunya makanan yang bayi anda telah cuba sehingga sekarang adalah cecair yang berasa manis Jika cubaan menawarkan makanan pejal buat kali pertama tidak berjaya, atau jika anda telah mencuba pelbagai makanan pejal tetapi masih tidak berjaya, cuba tips berikut: 1 Lompat terus ke buah-buahan dan beri - atau bubur berdaging dan ikan Lambat-laun anda akan temui makanan yang disukai bayi anda, dan masalah anda selesai 2 Ianya juga adalah idea yang baik untuk mendapatkan ayah, atau orang lain yang tidak menyusui bayi anda, menawarkan makanan baru untuk bayi anda Jika semuanya gagal dan mulut bayi anda berubah menjadi garis kecil yang marah sebaik sahaja sudu didekatkan padanya, walau apa pun makanan yang anda cuba, hentikan dahulu untuk sementara waktu Cuba lagi kemudian nanti tidak perlu terburu-buru
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…