Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

close

Menikmati makanan

Kunci kepada selera makan yang sihat adalah dengan memberi peluang kepada bayi untuk bermain dan makan dengan makanan mereka.

Terdapat tiga rahsia untuk menerapkan kecintaan bayi kepada makanan secara sihat: 1 Biarkan mereka bermain dengan makanan mereka Mungkin ia agak pelik, tetapi ia sebenarnya bagus untuk bayi dan anak yang sedang membesar untuk menyepah-nyepahkan makanan mereka Sepatutnya, ia perlu digalakkan! Membenarkan mereka bermain dengan makanan akan membentuk satu asas menghargai makanan secara sihat Dengan cara inilah bayi anda mengenali makanan dan belajar untuk menyukainya Lebih-lebih lagi, apabila bayi anda cuba menyuapkan makanan sendiri, mereka sebenarnya melatih otot lidah, yang menggalakan pertuturan Oleh itu, lapiklah kerusi bayi anda dengan plastik, lapik dadanya dengan lapik dada yang besar, belikan bayi anda cawan yang tidak mudah pecah atau melimpah airnya apabila terjatuh ke lantai, pinggan yang bersesuaian dan sudu yang tidak tajam dihujungnya Bersedia untuk menukar pakaian anda dan bayi anda setiap kali selesai waktu makan, dan sentiasa tersenyum – walaupun apabila bayi anda mencuba untuk menyuapkan makanan kepada anda dan ia terkena pada rambut anda Sekiranya keadaan agak bersepah, ingatkan diri anda bahawa keadaan akan bertambah baik mengikut peredaran masa Lagi pun, bila lagi anda ingin merasai makan seperti bayi sembilan bulan? 2 Makan bersama Makan bersama bukanlah hanya berkaitan dengan makan sahaja Ia juga melibatkan kepuasan hati, keseronokan bersama dan tabiat-tabiat sosial Tidaklah menghairankan sekiranya bayi anda agak memilih semasa makan dirumah, tetapi makan dengan seronoknya di taska Mengapa? Kerana mereka makan bersama dengan kawan-kawan Walaupun masa makan bayi anda tidak sama dengan anda – dan ini akan berubah menjelang usianya setahun – bayi anda masih boleh berada di meja makan bersama-sama dengan anda dan berkongsi makanan dengan anda Semua ini adalah rangsangan awal bayi anda terhadap kesukaannya kepada makanan dan apa yang dia makan
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…