Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Memberi susu badan pada waktu malam

Atas alasan nutrisi, bayi anda perlu diberi makan pada waktu malam sehinggalah mereka berusia sekurang-kurangnya enam bulan.

Seperti kebanyakan ibu, anda mungkin berharap agar bayi anda akan tidur sepanjang malam Tetapi, hanya segelintir bayi sahaja yang tidak perlu disusukan pada waktu malam, sekurang-kurangnya pada awal-awal kelahiran Mereka memerlukan ‘makan malam’ untuk mendapatkan nutrisi yang mereka perlukan Mereka juga ingin memastikan anda sentiasa berada dekat dengan mereka Mereka belum dapat membiasakan diri dengan dunia baru ini, dan mereka perlukan keakraban fizikal, sentuhan, dan isyarat badan Bagi bayi, sebahagian besar daripada keperluan ini dapat diperolehi daripada penyusuan badan Memang sukar untuk dibangunkan berkali-kali pada waktu malam Anda yang mengalami kesakitan badan, dan perlu pula bangun dan meletakkan bayi pada payudara anda Atas alasan ini, kebanyakan ibu lebih suka tidur sekatil dengan bayi mereka Berkongsi katil dengan bayi anda ialah satu isu yang diperdebatkan oleh pelbagai pihak, di mana Kementerian Kesihatan dan beberapa agensi lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia dipercayai mempertingkatkan risiko kematian bayi mengejut dalam beberapa keadaan Terdapat juga yang berpendapat bahawa risikonya terlalu kecil, manakala perkongsian katil dengan bayi sebenarnya dapat merapatkan hubungan dan menggalakkan penyusuan badan Keputusan anda adalah hak anda, tetapi Kementerian Kesihatan menyarankan anda menidurkan bayi anda di tempat yang berasingan, lebih baik lagi di dalam katilnya sendiri bersebelahan dengan katil anda Risiko untuk terbaring di atas bayi anda adalah minimum asalkan anda berdua sihat Walau bagaimana pun, jangan berkongsi katil dengan bayi anda sekiranya salah seorang daripada anda mempunyai berat badan yang berlebihan, sakit, ataupun berada di bawah pengaruh ubat-ubatan, dadah, atau alkohol Juga, jangan tidur dengan bayi anda di atas katil air ataupun sofa yang sempit Kajian menunjukkan bahawa risiko kematian bayi mengejut (SIDS) akan meningkat jika salah seorang daripada ibubapa bayi merokok Perkara yang perlu anda beri perhatian sekiranya anda tidur dengan bayi anda : • Bayi anda perlu baring terlentang, samada jika dia tidur sekatil dengan anda ataupun di katil sendiri • Tilamnya perlu kukuh • Katilnya tidak boleh terlalu panas • Pastikan kepala bayi anda tidak ditutupi selimut, bantal, atau apa-apa barang lain • Pastikan bayi anda tidak terjatuh atau terperangkap dengan katilnya Bilakah bayi tidak perlu lagi disusukan pada waktu malam? Kebanyakan bayi tidak bersedia lagi untuk menghadapi malam-malam tanpa disusukan sebelum mencecah usia enam bulan Sekalipun bayi anda tidak mahu berhenti menyusu pada waktu malam, sebenarnya mereka mungkin telah makan dengan cukup pada waktu siang dan penyusuan pada waktu malam tidak lagi perlu, jika dipandang dari perspektif nutrisi Untuk maklumat labih lanjut dan nasihat bagi mengurangkan risiko SIDS, layarilah wwwsidsorgnz atau hubungilah talian SID helpline 0800 164 455
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…