Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com.

Terima kasih atas kerjasama anda dalam memahami perkara ini dan harap anda semua Stay Safe & Stay Home.

close

Kerak dikepala

Kerak di kepala (cradle cap) adalah lapisan tebal berkeping berwarna keperangan/kekuningan hasil dari sel-sel kulit mati dan minyak. Kerak dikepala tidak merbahaya, tetapi ia mengambil masa untuk dihilangkan, dari itu adalah baik untuk cuba mengelakkannya dari ia mula berlaku.

Ia kelihatan seperti lapisan tambahan nipis kulit mati, dikulit kepala bayi Ianya boleh menyerpih keluar dan nampak seperti serangan kelemumur yang teruk, dengan serpihan yang besar-besar dan kulit kepala yang berkeping-keping Ianya sedikit berminyak, dan berwarna keperangan / kekuningan Ianya dipanggil ‘cradle cap’ (kerak dikepala), dan terdiri daripada kulit-kulit mati, dan sebum dari kelenjar kulit bayi, dan ianya disebabkan oleh peredaran darah yang menurun Penawar untuk kerak dikepala Kerak dikepala tidak mengapa-apakan, tetapi ia akan mengambil sedikit masa untuk dikawal Mengelakkannya dari berlaku adalah pilihan yang lebih baik, dan ianya mudah: • Basuh dan keringkan kulit kepala bayi setiap hari • Sikat rambut dan kulit kepala bayi menggunakan sikat beberus halus – mula-mula pada satu arah, kemuadian pada arah yang lain Tetapi, walau bagaimana pun, jika bayi masih mendapat kerak dikepala, anda boleh hilangkannya dengan segera dengan cara ini: • Sapu kulit kepala dengan minyak zaitun dan biarkan ia semalaman • Pagi esoknya, basuh rambutnya, dan keluarkan serpihan kulit kepala yang berkeping-keping menggunakan sikat berberus halus Kebanyakan masa ini akan menghilangkan kulit kepala yang berkeping-keping 2% jel petroleum sasilat Jika kerak kepala bayi anda merebak ke dahi dan bulu keningnya, anda perlu dapatkan shampoo yang baik atau 2% jel petroleum sasilat dari ahli kimia Pastikan anda membaca arahan dengan teliti Sekiranya kerak dikepala tidak juga hilang, dapat nasihat bidan atau doktor perubatan
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…