0

Kembali ke rumah selepas pembedahan cesarean

Kembali ke rumah dengan bayi anda dan garis-garis jahitan pada perut anda. Rasanya sakit dan anda perlu sembuh sepenuhnya. Berikut adalah beberapa tips tentang melalui kehidupan dirumah selepas pemnedahan caesarean.

Anda telah melalui pembedahan cesarean, pembedahan besar; jadi selain dari melalui peristiwa yang mengubah hidup anda menjadi seorang ibu, dan bersama segala hormon yang bertukar, anda juga ada luka bengkak untuk disembuhkan! Anda mempunyai semua alasan di dunia untuk memperlahankan rentak sedikit dan menjaga diri sendiri Jangan cuba mengangkat barang-barang berat Salah satu perkaranya disini adalah bahawa anda tidak sepatutunya mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda Jangan mulakan apa-apa rutin mengembalikan kecergasan selepas bersalin atau senaman ‘sit-up’ terlalu awal, tunggu sehingga sampai empat hingga enam minggu selepas melahirkan Tapi berjalan-jalan sedikit akan meringankan rasa sakit dan membantu meningkatkan peredaran darah anda dan itu akan membantu untuk meredakan bengkak di perut anda Menjaga luka anda Luka c-section anda mungkin gatal ketika hendak sembuh dan jahitannya diserap ke dalam kulit anda Adalah penting untuk memastikan luka anda bersih dan kering Disini ada beberapa tips: • Cuci luka ketika anda mandi • Setelah kering, berkeping dan tertanggal, gunakan pelembab setelah mandi dan urut luka dengan lembut menggunakan gerakan melingkar Anda tidak sepatutnya melakukan ini sehingga tiga minggu selepas pembedahan - pada ketika ini akan membantu bekas kulit yang dipotong sembuh • Elakkan dari mendedahkan bekas luka terus pada sinar matahri bagi jangkamasa enam bulan pertama Setelah itu anda bolehlah perlahan-lahan membiasakan kulit anda dengan pancaran matahari Jika bekas luka menjadi merah, sapukan krim pelindung matahari SPF tinggi atau balut bekas luka dengan plaster pelekat Cuba dan perhatikan apa yang baik untuk anda Bersenam selepas pembedahan c-section Adalah idea yang baik untuk tidak melakukan apa-apa senaman untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin sehinggalah empat hingga enam minggu selepas bersalin Jika bekas luka anda berasa sakit apabila anda bersenam, mungkin ia merupakan suatu penunjuk bahawa anda melakukan pergerakan yang keterlaluan, dan anda perlu memilih untuk malakukan sesuatu yang lebih mudah dan perlahan senaman pangkal pinggul Walaupun anda tidak melalui proses bersalin melalui faraj, otot pinggul anda masih di bawah tekanan, jadi jangan lupa untuk juga mula melakukan senaman pangkal pinggul

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…