Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Jadikan kediaman anda selamat untuk bayi

Kami bukan bermaksud untuk menakutkan anda, tetapi apabila bayi anda sudah mula boleh bergerak, mereka terdedah kepada bahaya-bahaya baru. Yang paling biasa termasuklah jatuh, terbakar dan melecur, bahaya air serta racun. Inilah masanya untuk menjadikan kediaman anda selamat untuk bayi.

1 Jatuh Bila bayi anda mula merangkak dan kemudiannya berjalan, meletakkan pelapik pada bucu-bucu tajam dan bucu perabut boleh menghindarkan dari kecederaan mata atau kepala Stabilkan atau keluarkan perabut yang tidak stabil atau apa sahaja yang boleh terbalik jika bayi anda menariknya – benda-benda seperti lampu berdiri Memasang penghalang keselamatan pada bahagian bawah dan atas anak tangga, dan bucu dek dan belakang pintu adalah perkara pertama yang perlu dilakukan, untuk menjadikan kediaman selamat untuk bayi Tempat yang paling selamat untuk menukar lampin bayi ialah diatas lantai2Terbakar dan lecur Selalu alirkan air sejuk pada tab mandi sebelum menambahkan air panas dan sentiasa tutup pintu bilik mandi Adakah pintu ketuhar tertutup dengan rapat? Jangan minum air panas sewaktu bayi berada dilengan atau pangkuan anda Lapik meja perlu dihindar sama sekali untuk kediaman yang selamat untuk bayi Ianya boleh menjadi sangat bahaya kerana hanya dengan sekali tarik, boleh menjatuhkan segelas kopi atau teh yang panas keatas bayi anda dengan mudah 3 Bahaya Air Air merupakan perangkap maut yang berpotensi - bayi anda boleh lemas dengan senyap hanya dalam 2 minit didalam air serendah 4sm Selalu kosongkan tab mandi sebaik sahaja anda selesai menggunaknnya dan jangan tinggalkan bayi keseorangan tanpa dipantau Walau pun pada waktu telefon berdering Gunakan alas lantai yang nyah-licin (non-slip) untuk mengindari dari tergelincir Pastikan pagar kolam renang dan dan kolam spa mematuhi peraturan yang ditetapkan Kosongkan kolam ‘paddling’ selepas digunakan 4Racun Semua bahan beracun termasuk pencuci untuk rumah, serbuk basuh pinggan dan ubat, perlu disimpan ditempat berkunci dan dijauhka dari bayi, didalam kediaman yang selamat untuk bayi Ingat untuk memantau bayi anda apabila anda berada dirumah orang lain Juga dapatkan senarai semak kediaman selamat untuk bayi disini
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…