Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Ibubapa tunggal perlukan sokongan

Apabila anda adalah seorang ibubapa tunggal, jaringan yang besar dan aktif adalah merupakan sokongan yang terbaik. Membina jaringan seumpama ini tidak semestinya sukar. Mulakan disini.

Apabila anda berkongsi membesarkan anak dengan seseorang (suami atau isteri contohnya), anda boleh berkongsi sesama anda, dan berbincang semua pemikiran yang menjadi inspirasi anak-anak kecil, dan pada tahap praktikal, berkongsi bebanan keibubapaan dan membantu sesama anda Tetapi apabila anda perlu melakukan semua ini seorang diri, sokongan praktikal dan emosi yang sebegini tidak akan hadir dengan sendirinya Membina satu jaringan Sebagai ibubapa tunggal adalah penting untuk membina jaringan dengan orang lain untuk bertukar-tukar fikiran dan mendapatkan bantuan bila perlu; jaringan yang membantu anda untuk dapat melalui hari-hari anda sebagai seorang ibu atau bapa, seperti masalah kesihatan, membawa anak-anak pergi dan balik sekolah, dan juga hal-hal sosial keibubapaan – berkongsi dengan seseorang keseronokan yang anda lalui dan muhasabah kehidupan Ia memberi anda tenaga, bantuan, nasihat serta banyak perkara-perkara yang lain Anda boleh mencara kelompok ini melalui : - Komuniti anda – tanyakan pada ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran-jiran yang anda boleh percayai untuk membantu anda – Kelompok ibubapa – mula bertanya kepada orang sekeliling anda atau layari wwwplunketorgnz dan cari ‘kelompok ibubapa’ untuk mencari satu kelompok di kawasan anda - Playcentre menjalankan program SPACE (sokongan ibubapa di samping pendidikan anak-anak) Untuk bayi dan pengasuh terdapat maklumat lanjut di wwwSPACEorgnz Anda juga boleh mencuba pusat-pusat pendidikan kanak-kanak di komuniti anda - Birthright adalah organisasi yang memberi sokongan kepada ibubapa tunggal di New Zealand wwwbirthrightorgnz - Internet – antaranya anda boleh berjumpa dengan ibu/bapa tunggal yang lain melalui Parents’ ‘chat room’ kami Hanya dengan bersembang juga kadangkala boleh membantu, jadi jaringan tersebut tidak semestinya fizikal Ianya juga boleh berfungsi dialam siber – Aktiviti kelab – bila anda ada ruang masa tanpa gangguan anak-anak, ambil peluang ini untuk memupuk kembali minat anda dan berjumpa dengan orang-orang dewasa yang lain Kongsikan disini
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…