2
3
4

Bayi kecil demam selesema

Anak-anak kecil biasanya bernafas melalui hidung, maka hal ini amat membimbangkan ketika mereka mengalami demam selesema. Berikut merupakan beberapa tip untuk melegakan hidung tersumbat.

Ianya bukanlah sesuatu yang luarbiasa sekiranya anak kecil anda merengek ketika dia mengalami demam selesema Hidung tersumbat merupakan sesuatu yang amat payah untuk dilalui untuk anak-anak kecil Mereka susah untuk bernafas dan makan Apa yang patut dilakukan? Belilah beberapa paket air garam (saline solution) dari farmasi dan sapukan beberapa titik pada lubang hidung sebelum menyusukan anak anda Anda juga boleh menggunakan susu ibu Teknik ini akan membantu melembapkan mukus dan melancarkan rongga pernafasan Untuk melakukan ini : Baringkan bayi anda di atas permukaan rata, pegang kemas kepalanya dengan sebelah tangan sambil memasukkan air garam / susu ibu ke dalam lubang hidung mereka sebelum menyusukan mereka Anda mungkin perlu mengulangi kaedah ini setiap empat jam sehingga hidungnya tidak lagi tersumbat Susah untuk tidur dengan hidung tersumbat Hidung tersumbat juga menyukarkan tidur anak kecil anda Cuba angkatkan sedikit kepala katil anak anda dalam lebih kurang 15cm dengan meletakkan buku telefon pada dua kakinya Sekiranya anda menggunakan katil bayi jenis berpagar penuh (full-sized cot), pastikan anda letakkan bayi anda pada bahagian separuh yang bawah supaya kakinya menyentuh kaki katil Perkara ini perlu untuk mengelakkannya daripada tergelincir di bawah selimut Walau bagaimana pun, kerapkalilah periksa keadaan bayi anda Bersihkan hidung bayi anda dan lapkan sebarang cecair yang terkeluar untuk memelihara kulit di bahagian hidung Anda juga boleh menyapukan sedikit balm zink (zinc ointment) di bawah hidung anak anda untuk mengelakkan terjadinya radang Ubat-ubatan untuk anak kecil Seeelok-eloknya, bercakaplah dengan panel kesihatan, jururawat, atau doktor sakit puan, sebelum memberi sebarang ubat-ubatan kepada anak anda Peringatan penting tentang ubat-ubatan : • Selalulah ikut arahan tentang kuantiti dan kekerapan yang sesuai untuk anak anda • Gunakanlah penutup botol yang direka khas untuk mencegah anak-anak daripada membukanya Tutup kembali tudung botol ubat selepas menggunakannya, dan simpan ubat-ubatan jauh daripada anak-anak anda Jangan berikan ubat orang lain kepada anak anda sekiranya anak anda demam berterusan, atau keadaannya bertambah buruk hubungilah doktor anda

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…