close

Bayi dihidapi demam

Demam adalah satu tanda badan melawan jangkitan seperti demam selsema. Disini ada beberapa tip untuk bayi yang menghIdapi demam.

Tanda-tanda sakit seorang anak kecil adalah lebih sukar dikenal pasti berbanding kanak-kanak yang lebih besar Mereka boleh, misalnya, berbadan panas sedikit bukan kerana mereka sakit, tetapi kerana bayi kecil mempunyai kesukaran menstabilkan suhu badan mereka berbanding anak-anak yang lebih besar dan dewasa Suhu melangkaui 385 darjah C Untuk tahu samada mereka sakit, anda perlu pertimbangkan kesihatan keseluruhan mereka Jika bayi anda nampak segar, puas dan makan seperti biasa, bayi anda secara umumnya tidaklah sakit sangatTetapi jika bayi anda nampak lesu atau terlalu panas, dan anda rasa ragu-ragu, anda patut mengambil suhu mereka Jika suhu bayi anda melebihi 385 darjah c dan ini bukan di sebabkan oleh balutan atau baju yang terlalu tebal, hubungi doktor anda Jika bayi anda mendapat demam ringan, cuba yang berikut; - bukakan sebahagian dari bajunya – sejukkan bilik – selimutkan bayi dengan sehelai kain sahaja – berikan susu dengan kerap sedikit demi sedikit Mungkinkah ianya jangkitan pada telinga? Demam selsema selalunya disertai dengan demam (385ºC atau lebih tinggi) dan membuatkan bayi rasa marah dan tidak ceria Kadangkala jangkitan pada telinga di sertai demam selsema Jika anda syak terdapat jangkitan pada telinga, bayi anda perlu berjumpa doktor dengan segera untuk diperiksa Untuk mambantu menghindarkan jangkitan telinga, hidung dan tekak, jauhi bayi anda dari kawasan yang berasap dan berikan susu badan jika boleh
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…