Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Bayi baru lahir yang tidur

Bayi anda akan makan dan tidur, dan makan dan tidur lagi, selama beberapa bulan ke depan. Tapi beberapa kebiasaan pra-tidur mungkin boleh membantu, bahkan pada peringkat awal.

Pada awalnya, apa saja rutin tidak penting Waktu ini hanya untuk anda dan bayi anda, untuk mengenal satu sama lain Dan untuk bayi anda membiasakan dirinya dengan kehidupan diluar rahim (misalnya bayi anda harus meminta makanan dan adanya apa yang dipanggil siang dan malam - sangat aneh) Bayi yang baru lahir tidur sehingga 16 jam Bayi boleh mempunyai pola tidur yang sangat berbeza Ada yang tidur dengan banyak, manakala yang lain tidak begitu banyak - terlalu sedikit, anda mungkin rasakan Bayi yang baru lahir tidur rata-rata 16 jam daripada 24 jam Mereka tidak tahu perbezaan antara siang dan malam Pada waktu ini, makanan dan tidur berkait rapat Bayi terbangun bila lapar, diberi susu, dan kemudian kembali tidur Sewaktu bayi anda tidur mereka melalui berbagai fasa tidur Itulah sebabnya mengapa mereka kadang-kadang tidur sangat tenang, dan dilain waktu tampak gelisah Pola tidur bayi yang baru lahir Sekitar separuh waktu tidur bayi yang baru lahir dihabiskan dalam fasa mimpi ringan yang aktif yang disebut REM (Rapid Eye Movement) Bayi anda bernafas dengan tidak teratur, bergerak, menyeringai, menggerakkan lengan dan kakinya dan mungkin merengek dan menangis dalam tidurnya Bayi anda bangun sekejap-sekejap banyak kali selama tahap ini, walaupun anda mungkin tidak menyedarinya Anda dengan mudah boleh mengganggu mereka, jika anda fikir mereka sudah terjaga dan mendekati mereka Jika anda tidak yakin, anda mungkin perlu menahan diri dan melihat apakah mereka kembali tidur tanpa anda Jika bayi anda berada dalam fasa tidur yang nyenyak, mereka benar-benar nampak tenang, dan tidak begitu mudah untuk membangunkan mereka Menangis kerana keletihan Terlalu penat adalah penyebab biasa mengapa bayi menangis Bayi yang baru lahir memerlukan banyak tidur dan pakar menyarankan ibubapa untuk memberi bayi mereka susu, bersalin, memeluk, bermain dengannya dan kembali ditempat tidur dalam waktu satu jam Terlalu banyak pelawat boleh merangsang bayi anda - cubalah untuk jarakkan lawatan mereka, dan elakkan dari bertukar-tukar tangan memegang bayi pada satu masa sekaligus Adalah penting untuk melihat tanda-tanda keletihan bayi anda dan tidurkan mereka secepat mungkin setelah tanda-tanda itu muncul Tanda-tanda yang kelihatan meliputi: • Tidak selesa • Menggenggam tangan • Gerakan yang terenjat • Muka berubah cengel • Menguap • Merenung tajam Pusat Keluarga Plunket mempunyai sebuah video yang menunjukkan bagaimana mengenali tanda-tanda ini Adalah merupakan idea yang baik untuk membiasakan ritual pra-tidur Bayi sukakan rutin, ia memberi mereka idea tentang apa yang berlaku, dan keadaan itu memberi keselesaan kepada mereka Tambahkan lebih banyak nasihat di sini
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…