Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Balajar bercakap

Disini ada beberapa cara untuk membantu anak anda memperkayakan perbendaharaan kata dan memperkembangkan kemahiran berkomunikasi.

Anak anda mempunyai keinginan semulajadi untuk berkomunikasi dengan anda, dan anda juga boleh menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dengan anda Beberapa cadangan yang boleh dipraktikkan: • Mendedahkan anak anda dengan perbendaharaan kata yang luas serta kepelbagaian bahasa Selain itu, tunjukkan minat dan ekspresi dalam ucapan anda • Bercakaplah dengan bayi anda dengan cara yang universal ; melibatkan nada suara yang lebih nyaring, bercakap perlahan-lahan, dan menekankan perkataan yang penting dalam sesuatu ayat Contohnya, “Ya, betul, ini BOLA” Anak-anak lebih suka mendengar lenggok bahasa yang sebegini • Galakkan anak anda ‘berceloteh’ pada usia awal (daripada lebih kurang enam bulan) Bayi yang banyak ‘berceloteh’ akan bercakap lebih awal dan mempunyai perbendaharaan kaya yang lebih banyak pada usia 18 bulan Ini adalah kerana kita memberi reaksi positif pada bayi yang berkata “mama”, dan reaksi ini membantu bayi memahami bahawa perkataan mempunyai tujuan yang tertentu • Perlahankan / tutupkan bunyi televisyen dan bunyi-bunyi lain Cara paling berkesan untuk mereka belajar bercakap adalah melalui interaksi secara langsung dengan anda ataupun orang lain • Bercakaplah dengan perlahan-lahan dan jelas, menggunakan perkataan yang mudah agar bayi anda dapat faham • Perbakayakan bahasa mereka dengan memperkenalkan perkataan baru, kata sifat (adjektif), dan frasa-frasa yang biasa digunakan • Berikan mereka masa untuk membina ayat, dan jangan cuba habiskan ayat mereka Bergilir-gilirlah semasa bercakap, dan beri mereka peluang untuk memulakan perbualan Mereka perlu belajar untuk mendengar di samping belajar untuk bercakap • Anda perlu peka terhadap peningkatan perbendaharaan kata anak anda Anak anda biasanya akan mengucapkan bunyi yang membawa maksud tertentu kepada mereka, bukan kepada anda Contohnya, “ba” mungkin bermaksud susu, “uh” bangun, dan “da” mahu Perkataan satu suku kata seperti “ba” juga boleh membawa maksud yang lebih lengkap seperti “saya mahu itu” atau “apakah benda ini?” Lebih banyak dorongan yang anda beri kepada mereka, maka lebih banyaklah cubaan mereka untuk mengucapkan pelbagai bunyi dan perkataan baru • Berilah perhatian dan sokongan sepenuhnya apabila mereka bercakap Galakkan mereka mengulang perkataan yang anda ucapkan : “Tengok anjing tu Sebut anjing? Bagaimana bunyi anjing? Sebut woof?” Tanyalah soalan yang tidak berakhir dengan ‘ya’ atau ‘tidak’ “Ya, anak patung ini sedih Mengapa dia sedih?” Semasa memakaikan pakaian pada waktu pagi, lakukan aktiviti seperti menamakan anggota badan, mengira butang baju, dan meneka warna dan corak pada pakaian mereka Semasa membeli-belah, kira sayur-sayuran bersama mereka semasa anda memasukkannya ke dalam beg plastik dan teka warnanya bersama-sama • Banyakkan membaca kepada anak anda Ia bukan sahaja akan mengayakan perbendaharaan kata anda, malah ia juga dapat memupuk minat mereka untuk membaca serta membantu meningkatkan daya konsentrasi mereka Sekiranya anda terjumpa perkataan yang agak baru, tanyakan jika mereka tahu apa maksudnya • Apabila usia mereka semakin meningkat, pastikan anda bercakap dengan mereka seperti orang dewasa Jangan sebut perkataan seperti “asi” walaupun begitulah cara mereka menyebut “nasi” Betulkan sebutan yang silap secara positif Sekiranya mereka menyebut “topi” untuk ‘kopi’, ucapkan kata-kata perangsang kepada mereka (kerana mereka sebenarnya berjaya berkomunikasi apabila anda memahami maksud mereka) dengan menyebut kembali perkataan itu dengan sebutan yang betul : “Ya, betul Ini KOPI”
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…