Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Alahan makanan

Alahan makanan sangat mudah untuk dikesan - anak anda akan mendapat reaksi seperti ruam atau sakit perut. Tetapi, ini bukanlah alahan kekal. Kebanyakan intoleransi makanan juga adalah bersifat sementara.

Alahan makanan yang biasa berlaku adalah pada susu, telur, ikan dan kekacang Tetapi kacang bean, kacang pea dan kebanyakan bijirin juga boleh menyebabkan alahan Alahan pada nasi dan jagung jarang berlaku Reaksi spontan Sekiranya anak anda terkena alahan makanan, anda akan mudah mengecamnya dalam masa beberapa minit sahaja Reaksi seperti muntah-muntah, cirit-birit, kembung perut, kemerahan di kawasan mulut atau ruam-ruam pada kulit Alahan makanan vs intoleransi makanan Intoleransi makanan dan alahan adalah dua perkara berbeza Intoleransi boleh bersifat sementara, dan hanya akan menyerang ketika sistem imunisasi anak anda pada tahap rendah kerana infeksi Kemerahan dan reaksi kulit yang lain tidak semestinya alahan makanan Kebanyakan kanak-kanak memberi reaksi kepada buah-buahan berwarna merah atau oren, juga buah beri Sekiranya ini berlaku, hentikan sementara pemberian buah-buahan tersebut dan tunggu anak anda membesar sedikit Intoleransi seperti ini akan semakin berkurangan apabila anak-anak semakin membesar Begitu juga dengan alahan kepada protin susu Memulakan makanan pejal Memberikan anak anda susu ibu atau susu formula sebagai makanan unggul bayi dapat mencegah daripada alahan makanan Apabila anak anda sudah bersedia dengan makanan pejal sekitar umurnya 6 bulan, cuba berikan makanan yang baru baginya satu persatu dalam masa 2-4 hari Sekiranya anda mensyaki terdapatnya alahan Sekiranya anda mensyaki terdapatnya alahan, atau anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alahan makanan, berjumpalah dengan doktor Adalah tidak digalakkan untuk anda menggugurkan senarai makanan seperti susu, daripada diet anak anda melainkan anda mendapat nasihat pakar kesihatan dan pemakanan
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…