Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

Skinature By Drypers size NB

0 - 5 kg
Skinature By Drypers size NB

Skinature by Drypers NB baharu adalah lampin bayi terunggul yang direka khas untuk bayi baharu lahir yang berkulit lembut. Ia bebas daripada bahan alahan*, malah tiada klorin atau bahan pewangi supaya ia lembut dan selamat pada kulit bayi, terutamanya kulit yang mudah alah terhadap bahan alahan EU26.

Direka dengan Derma-Care Technology™, Skinature by Drypers NB diperbuat daripada bahan yang lembut dengan kuasa penyerapan yang kuat. Pelapik 3D membantu menyerap dan memerangkap najis lembut untuk memastikan kulit bayi sentiasa bersih dan kering.

Skinature by Drypers NB mempunyai potongan istimewa di bahagian pusat. Ia mengurangkan tekanan geseran lampin pada puntung tali pusat. Ia juga mempertingkatkan peredaran udara bagi memastikan bahagian pusat sentiasa kering semasa penyembuhan.

Skinature by Drypers saiz NB boleh didapati dalam pek 66.

Derma-Care Technology™

Bebas Daripada Bahan Alahan*

Kelembutan Terunggul

100% Lebih Ruang Udara

Penyerapan Pantas

Petunjuk Basahan

Getah Pinggang 6 Kali Lebih Elastik

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…