Ahli yang dihormati, sehubungan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua penghantaran permintaan sampel percubaan akan ditangguhkan sehingga tempoh PKP berakhir. Begitu juga dengan penebusan Point Shop untuk Sabah & Sarawak, penghantaran akan disambung semula selepas PKP. Bagi kawasan-kawasan lain, terdapat kelewatan penghantaran barang penebusan kerana kekurangan tenaga kerja dalam perkhidmatan kurier buat masa kini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda dalam memahami perkara ini dan harap anda semua Stay Safe & Stay Home.

Drypers Classic saiz M

Drypers Classic saiz M

Drypers Classic baharu boleh didapati dalam reka bentuk yang menarik untuk saiz yang berbeza, juga dilengkapkan dengan FlexiTape™ dan penunjuk saiz; mewujudkan suasana pertukaran lampin sebagai saat yang indah untuk dinikmati.

Reka bentuk khasnya memberi keselesaan dan amat sesuai untuk kegunaan setiap hari.

Drypers Classic saiz M boleh didapati dalam pek 22, 46 dan 72.

FlexiTape™

Drypers Classic baharu dengan dengan ciri utama FlexiTape™ mudah dilekat, kalis bedak dan sesuai untuk penggunaan beberapa kali.

Lapisan Lembut Pada Kulit

Lapisan Lembut Pada Kulit membantu menyebarkan aliran air kencing secara berkesan, agar ia diserap sepenuhnya oleh teras serap tahan lama bagi memastikan kulit bayi sentiasa bersih dan sihat.

Pelindung Tahan Bocor dan Telus Udara

Lampin ini juga dilengkapi dengan Pelindung Tahan Bocor yang mendakap kaki si manja untuk membantu mencegah kebocoran supaya si manja sentiasa selesa.

100% lapisan berliang udara selembut kain, memelihara kulit halus si manja anda agar kekal nyaman dan segar.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…