Tentang Kami

Tentang Drypers

Drypers adalah jenama lampin bayi yang terkemuka lebih daripada 16 tahun di Malaysia (Sumber: Panel Pengguna TNS). Lampin Drypers merupakan lampin pakai buang yang diperbuat di Malaysia oleh SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd untuk warga Malaysia.

Selama ini, kami masih bertetapan dengan komitmen kami dalam membekalkan lampin berkualiti yang mempunyai penyerapan baik agar si manja anda sentiasa kering dan selesa. Semua inovasi produk Drypers adalah dicipta secara tempatan oleh makmal penyelidikan dan pembangunan kami.

Drypers mempunyai pelbagai jenis lampin bayi untuk memenuhi keperluan si manja anda; termasuk lampin jenis pita pelekat dan seluar yang terdapat dalam pelbagai saiz yang berbeza. Jenama-jenama Drypers terdiri daripada Drypers Touch, Drypers Wee Wee Dry, Drypers Drynights, Drypers Classic, Drypers Drypantz dan Drypers ClassicPantz.

Drypers juga menawarkan rangkaian produk penjagaan bayi yang dirumuskan dengan bahan-bahan semulajadi yang memberi manfaat seperti pelembap dan menenangkan pada kulit bayi yang lembut. Produk penjagaan bayi Drypers termasuklah Drypers Baby Head to Toe, Syampu Bayi Drypers, Mandian Bayi Drypers, Losyen Bayi Drypers, Minyak Bayi Drypers, Bedak Bayi Drypers dan Tisu Lembab Bayi Drypers.

Kualiti Yang Anda Boleh Percayai

Kesemua lampin dan produk penjagaan bayi Drypers menjalani kawalan kualiti dan proses ujian yang ketat sebelum ianya dijual di pasaran. Semua bahan yang digunakan dalam lampin dan produk penjagaan bayi kami wajib lulus dalam ujian Penerimaan Keselamatan Produk yang ketat oleh SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd.

Tentang Vinda & SCA

SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd adalah satu pengeluar terkemuka bagi lampin bayi (Drypers), produk inkontinens (lampin dewasa TENA dan Dr. P) dan produk perlindungan feminin (Libresse) yang berjenama. SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd menawarkan pengguna pelbagai produk berkualiti hebat pada harga yang berpatutan.

SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd adalah subsidiari daripada VINDA GROUP, salah satu syarikat terbesar bagi produk-produk penjagaan kebersihan di Asia. Vinda Group mempunyai hampir 10,000 pekerja, dengan jualan yang merangkumi jenama-jenama tisu dan penjagaan diri seperti Vinda, Drypers, TENA, Dr. P, Libresse, VIA, Tempo, Tork, Libero dan Sealer. Ia mempunyai ibu pejabat di Hong Kong dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong (kod saham: 3331.HK). SCA Group, sebuah syarikat global terkemuka untuk produk penjagaan kebersihan dari Eropah, merupakan pemegang saham utama Vinda (www.vinda.com).

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…