Terma dan Syarat

Laman Web Drypers dan Drypers Baby Club

Peraturan untuk penggunaan Laman Web Drypers dan Drypers Baby Club (termasuklah Forum Drypers)


Peraturan ini melindungi penggunaan Laman Web Drypers, www.drypers.com.my, dan Drypers Baby Club (termasuklah Drypers Forum). Sila baca peraturan ini dengan cermat.

Dengan menggunakan Laman Web Drypers dan/atau menyertai Forum Drypers, anda mengisyaratkan penerimaan anda terhadap semua Peraturan dan Polisi Privasi kami. Peraturan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kami menggalakkan anda untuk memeriksa Peraturan ini dengan selalu.

Apabila anda muat-naik komen dalam Forum Drypers, anda dianggap telah membaca dan bersetuju untuk mematuhi Peraturan Laman Web ini. Secara khususnya, kami meminta supaya anda mengelakkan kritikan terhadap produk, individu bernama, entiti korporat, atau pengamal kesihatan dalam Forum tersebut.

Maklumat Log Masuk

Hak untuk menggunakan kawasan ahli dalam Laman Web Drypers adalah hak peribadi anda. Anda tidak dinasihatkan untuk membenarkan pengguna lain untuk menggunakan maklumat log masuk anda.

Peraduan, Promosi dan Tawaran Sampel

Maklumat terhadap hadiah dan bagaimana untuk menyertai peraduan dan cabutan bertuah termasuk sampel percuma ditawarkan dari semasa ke semasa dalam Laman Web Drypers dan Drypers Baby Club adalah tertakluk kepada segala Peraturan ini.

Maklumat tentang peraduan dan promosi (termasuklah maklumat hadiah, bagaimana untuk menyertai dan cabutan bertuah) yang ditawarkan dari semasa ke semasa dalam Laman Web Drypers dan Drypers Baby Club adalah disertai dengan Terma dan Syarat yang berasingan bagi setiap peraduan dan promosi.

Tawaran Sampel Percuma

  • Hanya satu sampel sahaja yang boleh diminta untuk seorang bayi bagi seisi rumah, terhad kepada 4 sampel sahaja boleh diminta dalam tempoh 2 tahun.
  • Permintaan sampel berulang dari rumah & bayi yang sama dalam tempoh 3 bulan tidak akan dilayan.
  • Permintaan sampel bagi bayi yang sama tetapi menggunakan alamat berlainan juga tidak akan dilayan.
  • Sah bagi ahli dengan alamat di Malaysia sahaja (tidak termasuk kepada Peti Surat Pos).
  • Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Pemprosesan dan penghantaran sampel mengambil tempoh masa 4-6 minggu.
  • SCA Hygiene (Marketing) Sdn Bhd berhak untuk menangguhkan atau membatalkan program ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Pautan

Kami mungkin menawarkan pautan kepada laman web lain, dan kami cuba untuk memautkan hanya dengan laman web yang berkongsi pengisian yang sama dengan kami. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab terhadap isi atau polisi pengumpulan maklumat dalam laman web lain. Jika anda melawat laman web lain, anda perlulah melihat polisi privasi dan polisi-polisi mereka yang lain.

Bahan yang anda Hantarkan

Anda mengakui bahawa semua bahan yang dihantar oleh anda ke Laman Web Drypers, sebarang laman mikro Drypers (termasuk halaman promosi dan peraduan), Forum Drypers atau wakil SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. tidak dianggap peribadi dan boleh digunakan bagi tujuan penerbitan oleh SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. atau agensinya.

Anda memberi kebenaran kepada SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. hak untuk menggunakan, menyalin, mengubahsuai, menterjemah, dan menyebarkan sebarang bahan yang anda muat-naik atau hantar ke Laman Web Drypers ataupun laman mikro Drypers dalam sebarang medium untuk apa-apa tujuan, termasuklah kegunaan yang meliputi Drypers Baby Club.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan maklumat atau bahan yang anda sediakan atau muat-naik ke Laman Web Drypers atau laman mikro Drypers :
- Tidak melanggar hak cipta atau hak peribadi lain atau pihak ketiga; dan
- Boleh digunakan untuk semua kegunaan yang bersangkut-paut dengan Laman Web Drypers, laman mikro Drypers dan Drypers Baby Club yang bebas daripada hak cipta dan sekatan-sekatan lain.

Anda bersetuju untuk tidak menggunakan bahasa kesat yang menyinggung atau menghantar sebarang bahan yang mungkin berpotensi untuk memfitnah, mencaci, atau membenci, menceroboh hak peribadi pengguna lain, berbahaya kepada pengguna lain (termasuklah ahli, bukan ahli, serta pihak ketiga), menjejaskan perniagaan SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd., atau menggalakkan perlakuan yang akan menimbulkan kesalahan jenayah, liabiliti awam, atau melanggar sebarang undang-undang dan peraturan tempatan mahupun antarabangsa.

Anda juga bersetuju untuk tidak menghantar sebarang bahan yang merupakan junk mail atau iklan yang tidak sah, termasuklah memohon pengguna lain untuk membeli atau menjual apa-apa produk atau perkhidmatan tanpa keizinan SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd.

SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. berhak untuk memadam atau mengubahsuai sebarang muat-naik tanpa prasangka atau penjelasan, jika ianya tidak mematuhi Peraturan Laman Web ini.

Memantau

Anda mengakui dan bersetuju bahawa wakil yang dilantik oleh SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. berhak menguruskan Laman Web Drypers dan Drypers Baby Club, secara mutlak dan tidak memerlukan notis, untuk memantau, melihat, mengubah, memindah, atau memadam sebarang bahan yang dihantar atau dimuat-naik serta hak kuasa untuk enggan muat-naik bahan ke laman web.

Sebagai tambahan, SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. berhak untuk mengambil tindakan sekiranya perlu jika anda menyalahguna Laman Web Drypers atau Drypers Baby Club atau gagal untuk mematuhi Peraturan, seperti mengeluarkan anda daripada bahagian tertentu dalam laman web, atau menamatkan atau menggantung akses anda terhadap laman web.

Penggunaan anda dalam Laman Web Drypers dan Drypers Baby Club (termasuklah Forum Drypers)

Anda bersetuju untuk menggunakan laman web Drypers dan Drypers Baby Club (termasuklah Forum Drypers) hanya bagi tujuan yang sah.

Anda juga bersetuju untuk tidak mengganggu atau menyekat operasi Forum Drypers atau perbincangan lain, ruangan atau soalan dan jawapan laman web Drypers, juga tidak mengubah atau menyogok dengan sebarang maklumat atau bahan, atau yang sehubungan dengannya, dengan laman web Drypers laman mikro yang berkaitan.

Bahan yang Dipaparkan dalam Laman Web Drypers

SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. tidak semestinya mengizinkan, menyokong, meluluskan, menggalakkan, mengesahkan atau bersetuju dengan komen, pendapat, bahan, atau pernyataan yang dibuat atau dibekalkan oleh pengguna Forum Drypers dan perbincangan lain atau ruangan soalan dan jawapan dalam laman web Drypers. Oleh itu, sebarang pendapat, nasihat atau maklumat lain yang dinyatakan tidak sepatutnya dipercayai sepenuhnya.

SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. tidak menjamin sebarang bahan yang dipaparkan dalam Laman Web Drypers yang disediakan oleh pengguna telah diberi izin oleh pemegang hak cipta dan oleh itu tidak boleh memberi sebarang kepastian terhadap bahan sepertinya yang boleh digunakan secara bebas.

Laman web Drypers mengandungi bahan yang mempunyai hak cipta, trademark (cap dagang) dan maklumat pemilikan lain, dan segala isi kandungan dalam Laman Web Drypers serta Drypers Baby Club adalah hak cipta kerja terkumpul. Bahan dalam laman web Drypers ataupun yang dimuat turun oleh anda adalah untuk kegunaan peribadi anda sahaja.

Anda tidak boleh mengkomersialkan atau menggunakan bahan yang didapati daripada laman web Drypers secara tidak sah , melalui penerbitan, penghantaran semula, penyebarannya, melainkan jika anda mematuhi Akta Hak Cipta atau undang-undang lain, tanpa keizinan bertulis daripada SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd.

Gantirugi

Anda bersetuju untuk menanggung ganti rugi SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. beserta pekerja, pengedar, agen, dan wakil dan untuk membebaskan mereka daripada sebarang tuntutan dan liabiliti (termasuklah yuran) yang berkemungkinan timbul daripada penghantaran maklumat oleh anda yang didapati daripada laman web Drypers yang tidak diberi izin, atau daripada pelanggaran Peraturan yang ditetapkan, atau daripada sebarang perlakuan sepertinya oleh sebarang pengguna yang menggunakan maklumat log masuk anda.

Anda seterusnya bersetuju bahawa SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti terhadap anda ke atas sebarang bahan yang dimuat-naik atau dibekalkan oleh pihak lain.

Had Liabiliti

Laman Web Drypers disediakan sepertinya, tanpa sebarang jaminan berkaitan sebarang bahan, produk, atau perkhidmatan yang diakses atau didapati daripada laman Web Drypers. SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. dengan tegasnya melepaskan sebarang jaminan yang diekspresi dan diimplikasikan termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan terhadap kebolehdagangan, ketidaksalahan, ketepatan, penggantungan atau kepadanan sebarang tujuan.

Tanpa pemantauan isi kandungan dan item lain dalam laman web Drypers di mana SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. boleh memilih untuk mengambil tindakan, SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab untuk penapisan, editorial, atau kawalan lain terhadap isi kandungan atau item lain dan anda memperakui bahawa isi tersebut mungkin disertaikan bahan yang boleh dianggap tidak disukai, menyesatkan, tidak tepat, menyinggung, lucah atau dibantah.

SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti terhadap penahanan isi kandungan dalam laman web Drypers dan boleh mengubah atau memindahkannya menurut polisi mereka.

Jika anda berusia di bawah 18 tahun, anda boleh menggunakan laman web Drypers hanya dengan penglibatan ibu bapa atau penjaga. Laman web Drypers dan sekutunya berhak untuk enggan berkhidmat, menamatkan akaun, memindahkan atau mengubah isi kandungan, atau membatalkan pesanan menurut polisi mereka.

Anda dengan ini melepaskan SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. daripada sebarang liabiliti terhadap tuntutan yang berkaitan dengan isi kandungan dan bahan lain yang didapati daripada laman web Drypers, dan juga keselamatan atau tahap privasi yang disediakan.

Penerangan Produk

Laman Web Drypers dan sekutunya berusaha untuk menyediakan maklumat setepat mungkin. Walau bagaimanapun, SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. tidak menjamin bahawa penerangan produk atau lain-lain isi kandungan laman web ini adalah tepat, lengkap, boleh diyakini, berstatus semasa, atau bebas daripada sebarang kesalahan. Jika produk yang ditawarkan oleh SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. itu sendiri tidak menepati penjelasannya, anda boleh memulangkannya dalam keadaan asal.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…