Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

Polisi Privasi

Dasar Privasi – Laman Web Drypers

1.   Umum

1.1 Dasar Privasi ini menerangkan pengumpulan, penggunaan, dan pemprosesan data peribadi anda dengan VINDA MARKETING (M) SDN. BHD. (199401027546/313228-T) dan ahli gabungan dan anak syarikatnya (secara individu dan kolektif disebut sebagai “Vinda”, “Kami”, atau “kita”) sehubungan dengan transaksi komersial yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan/atau perniagaan Vinda di www.drypers.com.my (“Tujuan”)

1.2 Harap maklum bahawa setiap data peribadi yang disediakan melalui www.drypers.com.my (“Laman web”) akan diproses menurut Terma dan Syarat Laman Web ini termasuk Dasar Privasi ini.

1.3 Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda setuju akan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan data peribadi anda oleh Vinda menurut Dasar Privasi di sini.

2.  Pengumpulan Data Peribadi

2.1  Data peribadi bermaksud maklumat yang diberikan oleh anda di mana ia dapat mengecam anda, secara langsung atau tidak langsung, dan merangkumi tetapi tidak terhad kepada:

(i) Butiran peribadi seperti nama, tarikh lahir, nombor Kad Pengenalan/MyKad dan sebarang nombor pengenalan pengguna yang unik;
(ii) Maklumat hubungan seperti nombor telefon anda, alamat penghantaran dan pengebilan, dan alamat e-mel;
(iii) Maklumat lokasi seperti alamat penghantaran anda, dan lokasi log masuk (alamat IP); dan
(iv) Kuki internet dan masa akses.

2.2  Kami juga boleh mengumpulkan data peribadi sensitif yang relevan dengan perniagaan, produk atau perkhidmatan Vinda. Data peribadi sensitif merujuk kepada kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama, atau kepercayaan lain yang serupa, pelaksanaan kesalahan atau data peribadi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kementerian yang berkenaan. Kami akan mendapatkan persetujuan anda sekiranya kami perlu mengumpulkan data tersebut.

2.3  Kami boleh mengumpul dan menerima data peribadi anda dalam situasi-situasi termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

(i) Apabila anda mendaftarkan akaun dengan Vinda di Laman Web ini (“Akaun”);
(ii) Apabila anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau melaporkan masalah;
(iii) Apabila anda mendaftar untuk sebarang borang soal selidik, tinjau selidik, peraduan, kempen, aplikasi dalam talian dan borang permintaan; dan
(iv) Apabila anda berinteraksi dengan Vinda di luar talian atau melalui pihak ketiga, termasuk mengambil bahagian dalam sebarang acara atau aktiviti pemasaran.

2.4  Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda mungkin diwajibkan untuk tujuan menyediakan produk atau perkhidmatan kami. Pengumpulan juga mungkin diwajibkan untuk tujuan mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan. Kami akan memaklumkan kepada anda sama ada data peribadi yang diminta adalah wajib atau sukarela. Sekiranya anda tidak memberikan kami data peribadi yang diperlukan dan relevan untuk memenuhi keperluan anda, hal ini mungkin menyebabkan kami tidak dapat memenuhi permintaan atau kehendak anda.

3.   Penggunaan Data Peribadi

3.1  Vinda menggunakan data peribadi yang dikumpulkan untuk tujuan yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada berikut:-

(i) Untuk memberikan anda produk atau perkhidmatan Vinda;
(ii) Untuk melengkapkan dan/atau memproseskan transaksi perniagaan dan/atau komersial;
(iii) Untuk berkomunikasi dengan anda;
(iv) Untuk mengemas kini rekod-rekod perniagaan;
(v) Untuk memproses atau membantu anda dalam sebarang pertanyaan atau aduan;
(vi) Untuk meberikan anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan Vinda dan kemas kini terkini mengenai promosi terbaru Vinda, tawaran istimewa dan/atau pelancaran pemasaran produk Vinda;
(vii) Untuk memperbaiki dan memajukan produk dan perkhidmatan yang disediakan;(viii) Untuk melakukan tinjauan pasaran, penyelidikan atau analisis statistik;
(ix) Apa-apa tujuan lain yang berkaitan secara langsung dengan tujuan di atas; dan
(x) Mematuhi segala kewajiban di bawah undang-undang.

(selepas ini secara kolektif disebut sebagai Tujuan)

4.   Penzahiran Data Peribadi

4.1  Data peribadi yang dikumpulkan berkaitan dengan Tujuan ini mungkin dan/atau telah dizahirkan kepada tetapi tidak terhad pihak ketiga berikut yang dinyatakan di sini. Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya kami menzahirkan atau telah menzahirkan data peribadi kepada pihak ketiga selain daripada yang dinyatakan di sini.

(i) Mana-mana syarikat Vinda yang berkaitan termasuk mana-mana syarikat induk dan anak syarikat Vinda bersama dengan syarikat yang dimiliki atau dikendali secara lazim (secara kolektif “Syarikat Berkaitan”);
(ii) Kepada rakan niaga Vinda;
(iii) Pengedar, sub-kontraktor dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh Vinda atau Syarikat Berkaitan untuk menjalankan aktiviti dan aktiviti perniagaan yang berkaitan secara langusng dengan perniagaan Vinda; dan
(iv) Pihak berkuasa tempatan dan kerajaan yang relevan, badan pengawal selia atau kepada pihak lain di mana Vinda atau Syarikat Berkaitan dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mahkamah untuk melakukannya.

5.  Pemindahan Data Peribadi ke luar Malaysia

5.1  Oleh sebab pelayan-pelayan dan sistem penyimpanan Vinda boleh terletak di luar Malaysia, data peribadi anda boleh dan/atau telah dipindahkan ke, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa di luar Malaysia. Selanjutnya, data peribadi anda boleh dan/atau telah dikongsi dengan Syarikat Berkaitan yang sebahagiannya berada di luar Malaysia untuk Tujuan ini.

6.  Melindungi Data Peribadi Anda

6.1  Vinda melaksanakan langkah-langkah untuk melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan, dan/atau perubahan maklumat di bawah kawalan kami. Kami mengikuti standard industri yang diterima secara umum dalam melindungi maklumat yang dialirkan kepada kami, kedua-duanya semasa pengumpulan dan penyimpanan. Meskipun begitu, walaupun kami berusaha untuk memastikan data peribadi anda dilindungi, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya.  

6.2  Anda dinasihatkan untuk melindungi Akaun anda daripada akses yang tidak sah, dan menjaga keselamatan kata laluan dan Akaun anda.

7.  Hak Akses kepada Data Peribadi Anda

7.1  Anda boleh mengakses, menyemak dan membetulkan data peribadi anda dengan melog masuk ke akaun anda di [untuk dimasukkan nama dan URL laman web] dan kemas kini maklumat dalam tetapan akaun anda sendiri tanpa pembayaran yuran.

7.2  Tertakluk kepada pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai dan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda juga boleh pada bila-bila masa selepas ini meminta akses atau pembetulan data peribadi anda, atau mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada Vinda dengan mengemukakan permintaan bertulis bersama dengan bayaran yang ditetapkan sebanyak RM2.00 untuk permintaan akses tanpa salinan data peribadi dan RM10.00 untuk akses dengan salinan; RM5.00 untuk akses ke data peribadi sensitif anda (jika ada) tanpa salinan data peribadi sensitif dan RM30.00 untuk akses dengan salinan data peribadi sensitif anda (jika ada), ditujukan kepada Vinda di alamat berikut:

[untuk dimasukkan maklumat hubungan]

Sila sertakan nama, alamat, nombor Kad Pengenalan/MyKad, dan/atau alamat e-mel ketika anda menghubungi Vinda. Anda bertanggungjawab untuk mengemas kini Vinda akan sebarang perubahan pada data peribadi anda.

Selanjutnya, jika ada ingin menarik balik persetujuan anda, menyekat atau membatasi aspek atau cara pemprosesan data peribadi anda, sila kemukakan permintaan bertulis kepada Vinda ke rujukan yang disediakan di atas untuk pertimbangan Vinda. Vinda mempunyai budi bicara untuk tidak membenarkan penarikan, sekatan atau pembatasan pemprosesan di mana untuk melakukannya akan menggangu pelaksanaan salah satu Tujuan yang dinyatakan.

8.  Penggunaan Kuki

Laman web ini menggunakan kuki bagi membenarkan bahagian ini untuk memberikan kepada anda butiran tentang cara kuki digunakan dan cara anda dapat mengawal sama ada menyimpan atau menghapuskan kuki.

Apakah itu kuki?

Sebilangan maklumat yang dipindahkan ke cakera keras komputer anda daripada laman web ini dikenali sebagai “kuki”.

Mereka bukan merupakan program komputer, hanya fail maklumat kecil yang membolehkan laman web menyimpan dan mengakses maklumat akan corak penyemakan imbas pengguna.

Sebilangan besar laman web menggunakan kuki, hal ini disebabkan ia adalah sebahagian daripada kotak alat Internet sebagai satu pengalaman hebat bagi pengguna-pengguna. Kuki membolehkan laman web memberikan perkhidmatan yang diperibadikan (contohnya, mengingati log masuk, menyimpan produk di dalam keranjang belanja atau menunjukkan kandungan yang berkaitan).

Terdapat pelbagai jenis kuki: kuki sementara (atau kuki sesi) yang dipadam apabila penyemak imbas ditutup; kuki yang berterusan tidak akan dipadamkan tetapi kekal sehingga ia dipadamkan secara aktif atau habis tempoh (yang bergantung pada berapa lama laman web memprogramkan kuki itu untuk bertahan)

Bagaimanakah untuk memadamkan kuki?

Sebilangan besar penyemak imbas ditetapkan secara automatik untuk menerima kuki.

Anda boleh mematikan kuki pada penyemak imbas anda, namun begitu anda harus ingat bahawa jika anda melakukannya, anda boleh kehilangan banyak ciri-ciri yang diperlukan untuk membolehkan laman web berfungsi dengan baik.

Sekiranya anda mahukan maklumat yang lebih terperinci akan kuki ini, sila layari www.aboutcookies.org yang mengandungi maklumat lengkap dan bebas mengenai cara mematikan kuki ini menggunakan tetapan penyemak imbas, dan cara menghapuskan kuki yang tersedia di komputer anda.

Untuk menghapuskan kuki daripada telefon bimbit anda, anda perlu merujuk manual telefon bimbit anda.

Senarai Kuki

Untuk membolehkan kami memberikan anda pengalaman yang diperibadikan oleh Laman web ini menggunakan kuki. EachSetiap kali anda menggunakan Laman web ini, kuki dipindahkan dan/atau diakses. Kuki-kuki disenaraikan di bawah:-

Name kuki

Tujuan

Jenis

Jangka hayat

PIhak pertama atau ketiga

_gat_UA-1251424-42

Ini adalah kuki jenis corak yang ditetapkan oleh Google Analytics, di mana elemen corak pada nama tersebut mengandungi nombor identiti unik akaun atau laman web yang berkaitan dengannya. Ia merupakan satu variasi daripada kuki _gat yang giunakan untuk mengehadkan jumlah data yang dicatat oleh Google di laman web dengan jumlah trafik yang tinggi.

Tujuan utama kuki ini adalah : Prestasi

Diperlukan

1 Min

Pihak Ketiga

_gat_UA-1251424-25

Ini adalah kuki jenis corak yang ditetapkan oleh Google Analytics, di mana elemen corak pada nama tersebut mengandungi nombor identiti unik akaun atau laman web yang berkaitan dengannya. Ia merupakan satu variasi daripada cookie _gat yang digunakan untuk mengehadkan jumlah data yang dicatat oleh Google di laman web dengan jumlah trafik yang tinggi.

Tujuan utama kuki ini adalah: Prestasi

Diperlukan

1 Min

Pihak ketiga

_gid

Digunakan untuk membezakan pengguna.

Diperlukan

24 Jam

Pihak ketiga

_ga

Digunakan untuk membezakan pengguna.

Diperlukan

2 Tahun

Pihak Ketiga

BIGipServer~SCAHP_Prod~Libero_Prod_HTTPS_Pool

Nama kuki ini dikaitkan dengan rangkaian produk BIG-IP dari syarikat F5. Biasanya ia dikaitkan dengan menguruskan sesi pada pelayan seimbang beban, untuk memastikan permintaan pengguna diarahkan secara konsisten ke pelayan yang betul. Akar biasa adalah BIGipServer yang sering diikuti oleh nama domain, biasanya yang dihoskan, tetapi bukan selalu.

Tujuan utama kuki ini adalah: Sangat diperlukan

Sangat diperlukan

Kuki Sesi

Pihak Ketiga

ASP.NET_SessionId

Menggunakan ASP.NET untuk menyimpan pengecam peribadi sesi anda. Kuki sesi tidak kekal pada cakera keras anda.

Diperlukan

Kuki Sesi

Pihak Pertama

__RequestVerificationToken

Ini adalah token anti-pemalsuan (mencegah serangan CSRF). Hal ini menjamin bahawa poster adalah orang yang mendapat borang.

Ia menghalang seseorang untuk memalsukan pautan dan mengaktifkannya melalui pengguna berkuasa.

Fungsional

Kuki Sesi

Pihak Pertama

.EPiServerLogin

Ditugaskan jika anda membuat akaun dalam aplikasi di laman web ini

Diperlukan

Kuki Sesi

Pihak Pertama

_dc_gtm_UA-1251424-25

Ingenico menggunakan Google Analytics untuk mengumpulkan maklumat peringkat teratas tentang cara orang menggunakan laman webnya. Google Analytics membekalkan maklumat yang kami perlukan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan menyediakan kandungan yang paling berguna oleh pelawat kami. Kuki Google Analytics menyimpan maklumat tentang halaman apa yang dikunjungi orang, berapa lama mereka berada di laman web ini, bagaimana mereka sampai di sana dan apa yang diklik oleh mereka. Kuki Analytics tidak mengumpulkan atau menyimpan maklumat peribadi pengguna (contohnya, nama atau alamat), jadi maklumat ini tidak dapat digunakan untuk mengenal pasti individu-individu.

Diperlukan

1 Min

Pihak Ketiga

Kuki yang Sangat Diperlukan – Kuki ini penting untuk membolehkan anda mengimbas di sekitar laman web dan menggunakan ciri-cirinya, seperti mengakses kawasan selamat laman web ini. Tanpa kuki ini, perkhidmatan yang anda minta seperti membuat pembelian, tidak dapat disediakan.

Kuki Prestasi – Kuki ini mengumpulkan maklumat mengenai cara pengguna menggunakan satu laman web, contohnya halaman mana yang sering dikunjungi pengunjung, dan jika mereka mendapat mesej ralat daripada laman web-laman web tersebut. Kuki ini tidak mengumpulkan maklumat yang dapat mengenal pasti pelawat. Semua maklumat yang dikumpulkan oleh kuki ini digabungkan dan oleh itu tidak dikenali. Ia hanya digunakan untuk memperbaiki cara laman web tersebut berfungsi.

Kuki Fungsi – Kuki ini membolehkan laman web tersebut mengingat pilihan yang anda buat (seperti nama, Bahasa atau wilayah anda) dan memberikan ciri-ciri peribadi yang lebih baik. Maklumat yang dikumpulkan oleh kuki ini mungkin tidak dikenali dan tidak dapat menjejaki aktiviti penyemak imbas anda di laman web lain.

Penyasaran atau Pengiklanan Kuki – Kuki ini digunakan untuk menyiarkan iklan yang lebih relevan dengan anda dan minat anda. Mereka juga digunakan untuk mengehadkan berapa kali anda melihat sesuatu iklan, dan juga membantu mengukur keberkesanan kempen iklan. Mereka ditempatkan oleh rangkaian iklan kami dengan kebenaran VINDA. Mereka mengingati bahawa anda telah melayari sesuatu laman web dan maklumat ini dikongsi dengan organisasi lain seperti pengiklan-pengiklan. Selalunya, kuki penyasaran atau pengiklanan akan dihubungkan kepada fungsi laman web yang disediakan oleh organisasi lain.

9.  Penerimaan Syarat-syarat Penggunaan

9.1 Dengan menerima Terma & Syarat serta dengan mengakses dan menggunakan Laman web ini, anda bersetuju akan penggunaan kuki. Anda juga boleh menyetujui penggunaan kuki melalui tetapan yang telah anda ditetapkan di penyemak imbas web anda.

10.  Lain-lain

10.1 Vinda boleh mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa sahaja dengan mengemas kini catatan ini.

10.2  Vinda berhak atas budi bicara mutlaknya, hak untuk (1) meminda Dasar Privasi; (2) memantau dan membuang catatan; dan/atau (3) menghentikan ketersediaan Laman web ini, pada bila-bila masa tanpa notis.

10.3  Sekiranya mana-mana terma, syarat, atau peruntukan Dasar Privasi ini ditentukan sebagai tidak sah, menyalahi undang-undang, batal atau dengan alasan apa pun yang tidak dapat dikuatkuasakan, kesahihan dan penguatkuasaan terma, syarat dan pereuntukan yang selebihnya tidak akan rosak atau terjejas.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…