Frequently Asked Questions

Menjadi ibu bapa yang baik
Adakah saya cukup bagus?

Anda telah melakukannya dengan baik
Perkara ini sering menghantui kita. Perkara ini adalah seperti sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam usia sebegini. Kita sering mencuba untuk menjadi ibu bapa yang baik. Adakah atas alasan ini kita sentiasa terfikir bahawa kita belum lagi menjadi ibu bapa yang baik? Terlalu banyak maklumat yang menghujani kita, untuk memberitahu bagaimana melatih anak-anak kita dan bagaimana merangsangkan mereka; perkara ini berlanjutan dan anda pula berasa bahawa anda tidak boleh dan tiada masa untuk melakukannya. Namun, tiada masalah. Anda sebenarnya telah melakukannya dengan cukup baik .

Lampin
Lampin Drypers
Apakah perbezaan antara Lampin Drypers Wee Wee Dry Newborn dan Drypers Wee Wee Dry?

Drypers Wee Wee Dry Newborn mempunyai Soft Absorb Layer™ yang membantu menyerap dan membendung najis agar kulit sensitif si manja sentiasa bersih dan sihat dan rekaan Cegah Geseran Pusat Rekaan Keratin Lengkungan Khas untuk membantu mengurangkan geseran lampin pada bahagian tali pusat bayi. Ia disempurnakan dengan Flexi-Tape™ yang mudah diguna dan dilekat semula. Ia juga adalah 100% Lapisan Berliang Udara selembut kain supaya kulit si manja sentiasa berasa nyaman dan bersih.

Drypers Wee Wee Dry boleh didapati dari saiz S sehingga XXL untuk memuatkan bayi anda yang sedang membesar. Ia mempunyai Active Absorb Layer™ yang menyerap dengan efektif dan mengagihkan air kencing ke dalam lampin agar kulit bayi kering dan selesa. Ia disempurnakan dengan Flexi-Tape™ yang mudah diguna dan dilekat semula. Ia juga adalah 100% Lapisan Berliang Udara selembut dan mempunyai 4 Ekstrak Tumbuhan Semulajadi iaitu Lidah Buaya, Kamomil, Zaitun dan Vitamin E agar kulit si manja anda sentiasa nyaman, selesa dan terpelihara.

Untuk maklumat lanjut mengenai lampin Drypers, sila kunjungi bahagian Produk kami.

Apakah perbezaan antara lampin Drypers Wee Wee Dry dan Drypers Drypantz?

Drypers Wee Wee Dry boleh didapati dari saiz S sehingga XXL untuk memuatkan bayi anda yang sedang membesar. Ia mempunyai Active Absorb Layer™ yang menyerap dengan efektif dan mengagihkan air kencing ke dalam lampin agar kulit bayi kering dan selesa. Ia disempurnakan dengan Flexi-Tape™ yang mudah diguna dan dilekat semula. Ia juga adalah 100% Lapisan Berliang Udara selembut dan mempunyai 4 Ekstrak Tumbuhan Semulajadi iaitu Lidah Buaya, Kamomil, Zaitun dan Vitamin E agar kulit si manja anda sentiasa nyaman, selesa dan terpelihara.

Drypers Drypantz adalah lampin jenis seluar, direka khas dengan Drypers Drypantz Activ-Core™ untuk menyerap air kencing dengan pantas dan mencegah aliran kembali. Ini membolehkan kekeringan berpanjangan agar kulit si manja sentiasa kering, sihat dan ekstra selesa. Ia mempunyai lapisan luar yang lembut dengan padanan selesa di bahagian pinggang bayi, memberikan keselesaan, kelembutan dan fleksibiliti ketika si manja aktif bermain. Drypers Drypantz adalah 100% Lapisan Berliang Udara selembut dan mempunyai 4 Ekstrak Tumbuhan Semulajadi iaitu Lidah Buaya, Kamomil, Zaitun dan Vitamin E; boleh didapati dalam saiz S, M, L, XL dan XXL.

Untuk maklumat lanjut mengenai lampin Drypers, sila kunjungi bahagian Produk kami.

Bolehkah saya membeli lampin secara online?

Buat masa kini, pembelian produk Drypers secara online tidak terdapat di Malaysia.

Produk Drypers boleh didapti di kebanyakkan pasaraya, hypermarket, farmasi tertentu serta kedai ubat cina.

Di manakah saya boleh membuat pertanyaan tentang produk Drypers?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan produk Drypers, sila hubungi Talian Konsumer Bebas-Tol 1-800-88-9988 (Isnin-Jumaat, 9pg-5ptg) atau hantar emel kepada kami di my.drypers@sca.com

Drypers Baby Club
Apakah ini Drypers Baby Club?

Drypers Baby Club adalah kelab bayi online di mana ahli-ahlinya mendapat pelbagai nasihat dan panduan mengenai keibubapaan dan penjagaan bayi, dan juga berkongsi pandangan dan pengalaman dengan ibu bapa lain di Forum Drypers.

Sebagai ahli Drypers Baby Club, anda juga akan menerima e-mel yang disesuaikan maklumat berkaitan dengan peringkat kehamilan anda, penjagaan kanak-kanak dan pembangunan awal kanak-kanak.

Manfaat eksklusif untuk ahli Drypers Baby Club:

- E-mel peribadi: untuk penjagaan dan perkembangan anak anda
- Panduan Saiz Drypers unik
- Mata ganjaran untuk menebus hadiah melaui Drypers Point Shop
- Pelbagai sumber dan info berharga
- Sentiasa menerima berita terkini mengenai diskaun, promosi dan perkembangan produk

Daftarlah sekarang dan nikmatilah manfaat-manfaat eksklusif sebagai ahli Drypers Baby Club.

Bagaimanakah saya mengemaskini maklumat keahlian Drypers Baby Club?

Mengemaskini maklumat adalah mudah! Cuma pergi ke tab 'Drypers Anda' dan klik pada Your Settings. Kemudian kemaskini maklumat anda dan tekan butang 'Save'.

Bagaimanakah saya membatalkan keahlian Drypers Baby Club?

Jika anda ingin membatalkan keahlian Drypers Baby Club, lawatilah  Drypers dan klik pada Tetapan Anda. Skrol pada bahagian bawah halaman dan pilih 'Padam akaun saya'.

Ini akan membatalkan keahlian anda, termasuklah sebarang mata ganjaran terkumpul anda.

Jika anda hanya ingin menjadi pemerhati dalam komuniti ini, sila tukarkan pilihan maklumat privasi anda di Your Public Profile.

Laman Web Drypers - berita terbaru
Apakah yang berlainan tentang laman web Drypers?

Perkara pertama yang anda akan perasan adalah garis masa interaktif baru pada bahagian atas panel 'Tahap Anda'.

Garis masa tersebut akan menetapkan laman web yang berkaitan dengan tahap anda dalam perjalanan anda sebagai ibu bapa  - Mencuba, Hamil, Bayi atau Anak Kecil. Ini juga akan menghubungkan anda dengan rakan-rakan anda yang berada dalam tahap yang sama.

Apabila anda melalukan tetikus anda pada bar garis masa, anda akan terus melihat jangkauan perkembangan dan penanda tahap. Klik pada tahap yang paling tepat menjelaskan tentang anda.

Laman web kami juga akan membenarkan anda membaca artikel yang ditulis oleh ahli-ahli lain (ibu bapa seperti anda), memberi komen, menilai dan berkongsi cerita, bertanya soalan kepada komuniti, memulakan pemilihan, dan menyimpan artikel atau perbincangan menarik pada buku skrap anda.

Anda juga akan dapat mereka profil anda sendiri untuk berhubung dengan komuniti, melihat profil ahli lain dan memberi komen pada buku pelawat mereka, serta berbual dalam Forum.

Dan banyak lagi untuk diterokai!

Apakah Tahap Anda, Drypers Anda, Komuniti dan Produk?

Tahap Anda

Mencuba, Hamil, Bayi atau Anak Kecil. Ini juga akan menghubungkan anda dengan rakan-rakan anda yang berada dalam tahap yang sama. Juga, baca artikel daripada pakar panel kanak-kanak.

Drypers Anda

Ciptalah profil Drypers Anda untuk berhubung dengan Komuniti. Cerita anda memberi peluang untuk anda berkongsi cerita dan pengalaman dengan ahli lain. Anda juga boleh menyimpan artikel dan cerita dalam Buku Skrap Anda dan bacalah komen daripada ahli lain dalam Buku Pelawat Anda.

Komuniti

Di sinilah anda akan menjumpai forum yang penuh maklumat.

Produk

Sini adalah di mana anda akan dapat mencari maklumat tentang rangkaian produk Drypers kami yang terdapat di Malaysia.

Laman Web Drypers - pengguna kali pertama
Saya merupakan ahli dalam laman web Drypers yang sebelumnya. Bolehkan saya menggunakan maklumat log masuk seperti dahulu?

Sudah tentu! Jika anda telah berdaftar pada laman web Drypers yang terdahulu, alamat email dan kata laluan dahulu masih boleh digunakan pada laman web ini.

Bolehkah saya mendaftar nama samaran yang saya gunakan pada laman web Drypers yang terdahulu?

Ya. Walaubagaimanapun, berhati-hati apabila memilih nama pengguna anda di laman web baru - anda TIDAK BOLEH menukarnya semula.

Oleh itu, jika anda hamil pastikan anda memilih sesuatu yang masih relevan apabila anda mempunyai tiga orang anak kelak!

Mengapakah saya tidak dapat mendaftarkan nama paparan pada forum seperti di laman web Drypers dahulu?

Ini bermaksud nama tersebut telah digunakan oleh ahli lain. Sila pilih nama yang lain. Anda tidak boleh lagi berkongsi nama ketika berforum - ini bermaksud tidak akan berlaku lagi kekeliruan dengan siapa yang anda sedang berbual! 

Berhati-hatilah apabila memilih nama pengguna anda di laman web baru - anda TIDAK BOLEH menukarnya semula.

Oleh itu, jika anda hamil pastikan anda memilih sesuatu yang masih relevan apabila anda mempunyai tiga orang anak kelak!

Bagaimanakah cara untuk melihat rumusan terhadap isi-isi dalam laman web ini?

Klik pada butang Teroka Laman Web di bahagian atas, penjuru sebelah kanan untuk mendapatkan pandangan keseluruhan.

Tahap Anda - garismasa Drypers
Apakah garismasa?

Garis masa tersebut akan menetapkan laman web kepada tahap anda dalam perjalanan anda sebagai ibu bapa  - Mencuba, Hamil, Bayi atau Anak Kecil.

Bagaimanakah cara untuk saya menggunakan garismasa?

Apabila anda melalukan tetikus anda pada bar garis masa, anda akan terus melihat jangkauan perkembangan dan penanda tahap. Klik pada tahap yang paling tepat menjelaskan tentang anda.

Kemudian anda akan melihat bahawa halaman itu akan membentuk mengikut tahap yang anda pilih. 

Contohnya, jika anda klik pada tahap Hamil:
- Anda akan nampak sebuah kalendar muncul beserta bar garismasa berwarna di bawahnya.
- Untuk menetapkan tahap anda, skrol kalendar tersebut ke sebelah kiri dan kanan dan klik pada minggu/bulan yang betul.

ATAU

- Lalukan tetikus pada bar garismasa berwarna di bawahnya dan anda akan nampak pop up penanda mingguan/bulanan.
- Anda boleh mengklik pada minggu/bulan yang betul pada bar tersebut, atau gunakan anak panah pada bahagian kanan untuk menganjak ke tahap yang betul.

Apabila anda telah memilih tahap yang betul, anda akan nampak soalan bertanyakan sama ada ini adalah tahap anda. Ianya akan muncul pada bahagian kanan. Klik 'Ya' untuk mengesahkan atau 'Tidak' untuk menukar tahap anda.

Bolehkah saya menambah satu lagi anak pada garismasa tersebut?

Ya. Tambahkan anak pertama anda dan kemudian satu lagi. Anda perlu mengklik pada bahagian anak 'pertama' dan kami akan menetapkan laman web ini kepada tahap tersebut.

Anda boleh menukar anak 'pertama' ini pada profil anda.

Saya mempunyai anak kembar, bagaimanakah saya ingin memasukkan maklumat kedua-dua mereka?

Tambahkan anak pertama dahulu. Anda akan ditanya jika anda mempunyai anak lagi untuk ditambah. Kami akan mengenalpasti bahawa mereka adalah kembar berdasarkan tarikh lahir mereka.

Tahap anda - membuat perubahan
Bolehkan saya mengubah tahap saya di garismasa?

Menukar tahap anda adalah sangat mudah. Anda boleh mengemaskini maklumat anda dalam Profil Awam Anda di bawah 'Drypers Anda'.

Oleh itu, jika anda mempunyai bayi baru, tambahkan maklumat mereka dan pilih untuk mengemaskini laman web pada tahap baru anda. Kemudian klik 'Simpan'.

Saya hamil - bagaimanakah saya ingin menukar jangkamasa kelahiran?

Anda boleh mengemaskini maklumat anda di Profil Awam Anda di bawah 'Drypers Anda'. Kemudian klik 'Simpan'.

Saya telah selamat bersalin! Bagaimanakah saya ingin memberitahu garismasa bahawa saya sudah menjadi ibu?

Tahniah atas kelahiran bayi anda!

Anda boleh mengemaskini maklumat anda di Profil Awam Anda di bawah 'Drypers Anda'.

Tambahkan maklumat mereka dan pilih untuk mengemaskini laman web pada tahap baru anda. Kemudian klik 'Simpan'

Bagaimanakah saya menambah anak pada garismasa?

Anda boleh mengemaskini maklumat anda di Profil Awam Anda di bawah 'Drypers Anda'.
Oleh itu, jika anda mempunyai bayi baru, tambahkan maklumat mereka dan pilih untuk mengemaskini laman web pada tahap baru anda. Kemudian klik 'Simpan'.

Komuniti & Forum - rumusan
Bagaimanakah saya mencari ahli-ahli seperti saya?

Anda boleh mencari ahli-ahli lain yang setahap dengan anda di Pengguna di bawah Komuniti. Jangan lupa - lebih banyak maklumat yang anda masukkan di bawah profil anda, lebih mudah pengguna lain mencari anda!

Apakah bingkai berwarna mengelilingi gambar profil ahli?

Kod berwarna pada bingkai yang mengelilingi gambar profil memberitahu anda tahap mereka dalam perjalanan - biru bermaksud ahli tersebut sedang 'mencuba', ungu bermaksud 'hamil', dan merah jambu bermaksud ahli itu mempunyai bayi, dan oren bermaksud mereka mempunyai 'anak kecil'.

Bagaimanakah saya mengetahui dengan lebih lanjut tentang ahli tertentu?

Anda boleh mengklik pada nama paparan forum ahli untuk melihat profil mereka.

Bolehkah saya menghantar mesej peribadi?

Anda boleh meninggalkan mesej untuk ahli tertentu pada buku pelawat mereka. Mesej ini hanya akan dapat dibaca oleh ahli tersebut.

Bagaimanakah saya mendapat tahu sekiranya seseorang menghantar mesej?

Apabila anda log masuk, sebarang kemasukan baru pada buku pelawat akan terpapar pada panel 'Drypers Anda' yang terdapat di sebelah kanan anda.
Anda boleh mengklik pada pautan ini atau pergi ke Buku Pelawat Anda  di bawah 'Drypers Anda'.

Bagaimanakah saya mengetahui siap yang sedang online?

Dalam 'Komuniti', anda boleh melihat seleksi ahli-ahli yang sedang online. Anda juga boleh mencari pengguna yang sedang online di muka Pengguna.

Bagaimanakah caranya untuk bertanyakah soalan kepada komuniti?

Bertanya soalan adalah semudah anda log masuk.

Pergi ke Forum di bawah 'Komuniti', klik pada 'Mulakan Perbincangan Baru', dan tanyalah!

Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kandungan yang menyinggung?

Jika anda berasa tersinggung dengan apa saja dalam Komuniti, klik pada butang 'Lapor' dan tuliskan mesej. Kami akan diberitahu dan hal yang dilapor akan disiasat.

Komuniti & Forum - menyumbang
Bagaimanakah menambah komen pada artikel tu cerita yang ditulis oleh ahli lain?

Anda perlu menjadi ahli Drypers Baby Club dan log masuk untuk menambah komen anda. Kemudian taipkan komen anda ke dalam kotak di bawah artikel atau cerita tertentu.

 

Bagaimanakah menambah cerita sendiri?

Untuk berkongsi cerita, anda perlu menjadi ahli Drypers Baby Club.

Sebaik sahaja anda log masuk, pergi ke Cerita Anda di bawah 'Drypers Anda'. Dari sini, anda boleh menulis pengalaman dan memuatnaik gambar anda dengan mudah sekali.

Bolehkah saya memadam komen yang telah saya hantar?

Sudah tentu! Pergi ke Komuniti Anda di bawah 'Drypers Anda'.

Klik pada 'Balasan Anda', di mana anda boleh melihat dan memadam komen anda.

Bagaimanakah caranya untuk saya melihat balasan pada pos komuniti?

Pergi keKomuniti Anda di dalam 'Drypers Anda'.

Dalam bahagian 'Perbincangan Anda', anda dapat melihat apakah yang berlaku dalam perbualan yang anda sertai.

Berapa banyak undiankah yang pemilihan saya perolehi?

Pergi keKomuniti Anda di dalam 'Drypers Anda'.

Klik pada 'Pemilihan Anda' dan pilih pemilihan yang anda minati.

Drypers Anda - mengemaskini profil anda
Saya tidak mahu membuat maklumat saya diketahui awam. Bagaiamankah caranya jika saya ingin kekal tidak dikenali dalam laman web ini?

Lawati Profil Awam Anda di bawah 'Drypers Anda'. Kemudian, batalkan tanda pada kotak untuk mengelak profil anda daripada dilihat, dan klik 'Simpan'.

Ingatlah bahawa sekiranya anda merahsiakan identiti anda, anda akan kehilangan peluang keemasan untuk bergaul dengan ahli-ahli hebat dalam komuniti!

Bagaimanakah mengemaskini halaman profil saya?

Lawati Profil Awam Anda di bawah 'Drypers Anda'.

Anda boleh mengklik pada samada 'Maklumat Asas' atau 'Tentang Anda' untuk mengemaskini profil mereka. Kemudian klik 'Simpan'.

Bagaimanakah menukar status profil?

Untuk memberitahu komuniti bagaimana anda rasa, klik pada 'Tukar Status' dalam panel 'Drypers Anda'. Tambahkan status anda dan klik 'Simpan'.

Mengapakah rakan-rakan saya tidak dapat melihat profil saya?

Periksa Profil Awam Anda di bawah 'Drypers Anda'dan pastikan anda memilih pilihan untuk membuat profil anda telus kepada komuniti.

Secara alternatifnya, anda mungkin belum mempunyai maklumat yang cukup untuk rakan anda mencari anda - tambahkan lagi maklumat tentang diri anda supaya rakan-rakan anda dapat mencari anda!

Bolehkah saya memadam akaun saya?

Anda boleh memadam akaun anda diTetapan Anda di bawah 'Drypers Anda'. Klik pada kotak 'Padam Akaun Saya' dan kemudian klik 'Simpan'.

Walaubagaimanapun, sebaik sahaja anda memadam akaun anda, anda perlu mendaftar semula untuk menjadi sebahagaian daripada Drypers Baby Club kelak. Mungkin lebih baik anda menyimpan dahulu akaun anda untuk bakal anak-anak anda atau anda boleh log masuk sekali-sekala untuk melihat apa yang sedang berlaku!

Ikon Laman Web
Apakah maksud ikon bulatan yang terdapat pada garismasa?

Sebaik sahaja anda menetapkan tahap anda, beberapa ikon bulatan akan muncul. Setiapnya mengandungi maklumat berguna yang relevan terhadap tahap anda, daripada kesihatan& nasihat, hinggalah ke perhubungan, cerita menarik, kesejahteraan, dan banyak lagi. Cuma klik pada ikon itu dan kami akan membawa anda terus ke artikel tersebut.

Apakah maksud simbol orang kecil bersebelahan sesetengah ikon pada garismasa?

Simbol itu bermaksud bahawa artikel atau cerita itu ditulis oleh ahli komuniti - seseorang seperti anda!

Apakah maksud simbol kamera?

Klik pada ikon tersebut untuk menambah gambar anda.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…