Drypers Wee Wee Dry boleh didapati dari saiz S sehingga XXL untuk memuatkan bayi anda yang sedang membesar. Ia mempunyai Active Absorb Layer™ yang menyerap dengan efektif dan mengagihkan air kencing ke dalam lampin agar kulit bayi kering dan selesa. Ia disempurnakan dengan Flexi-Tape™ yang mudah diguna dan dilekat semula. Ia juga adalah 100% Lapisan Berliang Udara selembut dan mempunyai 4 Ekstrak Tumbuhan Semulajadi iaitu Lidah Buaya, Kamomil, Zaitun dan Vitamin E agar kulit si manja anda sentiasa nyaman, selesa dan terpelihara.
Drypers Drypantz adalah lampin jenis seluar, direka khas dengan Drypers Drypantz Activ-Core™ untuk menyerap air kencing dengan pantas dan mencegah aliran kembali. Ini membolehkan kekeringan berpanjangan agar kulit si manja sentiasa kering, sihat dan ekstra selesa. Ia mempunyai lapisan luar yang lembut dengan padanan selesa di bahagian pinggang bayi, memberikan keselesaan, kelembutan dan fleksibiliti ketika si manja aktif bermain. Drypers Drypantz adalah 100% Lapisan Berliang Udara selembut dan mempunyai 4 Ekstrak Tumbuhan Semulajadi iaitu Lidah Buaya, Kamomil, Zaitun dan Vitamin E; boleh didapati dalam saiz S, M, L, XL dan XXL.
Untuk maklumat lanjut mengenai lampin Drypers, sila kunjungi bahagian Produk kami.